Friday, June 27, 2014

Eropah, Mu Tunggu Aku Datang : Swiss

Hari Ketujuh : 31 Mei (Sabtu)
Wow Swiss!

Perjalanan kami ke Swiss bermula dari stesen keretapi Venice Santa Lucia. Kami bertolak pukul 7.50 pagi dengan keretapi Trenitalia. Kami di jadualkan sampai di stesen keretapi Milano Centrale pukul 10.25 pagi dan seterusnya tukar keretapi di sana dan bertolak pada pukul 11.25 pagi dari Milano Centrale ke Bern, Swiss.



Bye bye Venice.

From Venice to Milan. Ada Venetian terlepas ....
Destinasi kami di Swiss adalah Lauterbrunnen. Lauterbrunnen adalah satu kawasan lembah di kawasan pergunungan di area  Interlaken. Lauterbrunnen mempunyai ketinggiaan kira-kira 800 meter dari aras laut dan ia merupakan salah satu kawasan perlancongan yang paling menarik di Switzerland.

Kalau ikut perancangan asal kami,  kami akan  sampai di Swiss pada pukul 6.00 petang  dengan menaiki kapal terbang easyjet  dan turun di airport Basel, Swiss. Jarak antara Basel dengan Lauterbrunenn adalah kira-kira  160 km.  Dari Basel, kami rancang untuk naik train ke Lauterbrunnen di mana perjalanan mengambil masa kira-kira 2 jam 30 minit. Ini bermaksud kami akan sampai di Hotel di Lauterbrunnen lewat malam!

Walaubagaimanapun apabila tiket penerbangan kami dibatalkan, kami  telah menukar perancangan dengan  bertolak awal dengan menaiki keretapi dari Venice  dan terus ke  Bern, Switzerland yang lebih dekat dengan Lauterbrunnen. Jarak di antara Bern dengan Lauterbrunnen adalah lebih kurang 67 km iaitu  1 jam 20 minit perjalanan sahaja dengan public transport berbanding Basel ke Lauterbrunnen yang jaraknya 260 km dan  mengambil masa 2 jam 30 minit! Alhamdulillah disebabkan perkara ni kami akan sampai Swiss lebih awal.

Kedudukan di antara Basel, Bern dan Interlaken. Lauterbrunnen adalah pekan kecil yang terletak di Interlaken.
Kedudukan di antara Interlaken dan Lauterbrunnen
Dari Milan  ke Lauterbrunnen yang terletak di area Interlaken, sebenarnya lebih dekat kalau kami turun di Spiez dan kemudian naik  train lain ke Interlaken.

Perjalanan kami dari Venice ke Milano Centrale berjalan dengan lancar. Apabila sampai di Milano Centrale, kami ada lebih kurang 50 minit sebelum keretapi kami seterusnya bertolak ke Bern. Jadi kami ambik masa yang terluang ni untuk beli sedikit souvenir  dan amik gambar di stesen Milano Centrale yang aku rasa antara stesen keretapi yang paling cantik yang pernah aku jumpa setakat ni.

nak sampai ke Stesen Keretapi Milan - Milano Centrale...
Bergambar sekejap di Milano Centrale


Lepas beli souvenir dan bergambar di stesen keretapi, kami terus pergi ke platform dan naik train. Kami masuk  awal kerana kami tak nak kelam kabut bersama orang lain jka kami masuk last minit.

Perjalanan kami dari Milano Centrale ke Bern adalah seperti ini :-

Milano Centrale  -   Birg - Visp - Spiez - Thun - Bern

Sebelum kami naik train ke Bern, aku sempat tanya pegawai keretapi yang bertugas di platform. Aku tanya dia kalau nak ke Interlaken ( Lauterbrunnen), stesen mana yang patut kami turun. Dia kata Thun.  Aku tanya  balik macamana dengan Spiez? dia kata tidak - Thun . Ok, aku pun percaya cakap dia dan say thanks.

Sebenarnya kami tak sedar yang sebenarnya kami boleh jimat masa dan kos kalau kami turun di Spiez berbanding dengan turun di Bern. Sepatutnya aku tak  perlu memilih untuk turun di Thun atau Bern, ini kerana kalau nak ke Lauterbrunnen, adalah lebih dekat dan jimat kalau  turun di Spiez.  Maklumat ini aku  sedar bila dah beli tiket. Takpelah rugi masa dan duit sikit tapi yang penting selamat sampai.

Klik gambar untuk lebih jelas

Ok, bila dah naik train, ada satu kejadian yang "kurang menyenangkan" berlaku. Pada mulanya semua berjalan lancar, tapi  bila keretapi dah dekat nak jalan, adalah sorang mamat orang putih masuk dalam train dan duduk sebelah aku.

So apa "dosa"  mat salleh ni? Untuk makluman semua, yang "specialnya" mengenai mat salleh ni ialah  bau badan dia  teramatlah busuknya macam dah  dua minggu tak mandi !

Duduk selama 3 jam sebelah mat salleh yang dijangka telah 2 minggu  tak mandi  tak bagus untuk kesihatan hidung anda!
Dalam hati aku,  aku rasa  mamat ni mesti baru selesai buat field research kat hutan mana selama 2 minggu  dan tak pernah kisah nak mandi. Selesai  kerja dia kat hutan dia  terus naik train untuk ke destinasi seterusnya.  Masalahnya train ni tertutup dan pasang "air-cond". Tambah lagi  perjalanan agak panjang iaitu 2 jam 30 minit  jadi  bau dia tu memang telah menspoilkan serba sedikit mood aku.
 .
Setelah 2 jam 30 minit perjalanan, kami pun sampai di Thun. Kami turun di stesen tersebut dan singgah ke kedai serbaguna  yg terletak di seberang jalan. Sebelum kami masuk kedai, kami terjumpa dengan beberapa Indonesian. Mereka menyapa kami dan tanya kami dari mana. Kami pun sembang kejap dengan mereka. Walaupun perut kami dah keroncong masa tu, atas dasar hormat jiran serumpun, kami layan berborak dengan diorang. Mereka agak peramah dan humble walaupun sebenarnya mereka ni pegawai tinggi Kedutaan Indonesia di Swiss!

Salah seorang yang berborak dengan kami  tu adalah Duta Besar Indonesia di Swiss. Dia datang jalan-jalan di area Thun bersama isteri dan rakan-rakan mereka. Setelah berbual dalam 5 minit, kami pun mohon "permisi". Di kedai serbaneka tu, kami cari apa yang boleh di makan dan jumpa lah croissant dan air red bull tin besar.

Lepas tu kami balik ke stesen Thun dan beli tiket untuk ke Lauterbrunnen. Masa beli tiket tu aku tanya dengan pegawai yang bertugas di kaunter dan dia bagi tau kalau nak ke Lauterbrunnen, kami kena patah  balik ke Spiez dan lepas tu naik train ke Interlaken Ost dan lepas tu naik train ke Lauterbrunnen. Aku dah agak dah, kalau turun kat Spiez lebih dekat, maksudnya train officer kat Milano Centrale tu pun tak sure sebenarnya :) ...takpelah,  tak jauh sangat pun dari Thun ke Spiez, dalam 10 minit je.

Ok setelah sampai di Spiez, kami turun dan tukar train ke Interlaken Ost. Pemandangan sepanjang perjalanan ni memang cantik.

Tasik Thun
Tasik Thun lagi

pemandangan "kampung" di Swiss
Setelah 20 minit perjalanan, kami pun sampai di Interlaken Ost. Dari Interlaken Ost, kami pun naik  train ke Lauterbrunnen dan train  terakhir untuk perjalanan kami hari ni adalah paling awesome sekali !
 Perjalanan mengambil masa dalam 20 minit dan train ini akan mendaki naik ke Lauterbrunnen yang mempunyai ketinggian kira-kira 800 meter dari aras laut!

Enjoylah tengok gambar-gambar kat bawah ni ye.


Mau tak "histeria" ko tengok pemandangan macam ni - Mashallah
Bersih betul sungai dia...tak de sampah langsung.


Kami sampai ke Stesen Lauterbrunnen  kira-kira pukul 4 petang. Walaupun kami agak penat setelah mengharungi kira-kira 7 jam perjalanan dengan  5 kali naik turun train,  tapi bila tengok pemandangan indah sepanjang perjalanan ke  Lauterbrunnen, terus hilang rasa penat. Mashallah, cantik betul ciptaan Allah di muka bumi ni.

Sampai pun di stesen keretapi Lauterbrunnen...
Kami berjalan kaki ke Hotel yang kami dah booking  yang terletak kira-kira 500 meter dari Stesen Lauterbrunnen. Walaupun taklah jauh sangat, tapi disebabkan beg yang dah mula "memberat" dengan souvenir-souvenir  yang kami beli di Rome, Venice dan Milan, ia mula memberi "kesan" kepada pinggang dan bahu aku. Tapi  seperti yang aku kata tadi, pemandangan di Lauterbrunnen menyebabkan semua sakit-sakit tu "terubat" dengan sendirinya :)

On the way nak ke hotel kami kena lalu pekan kecil Lauterbrunnen

Di Lauterbrunnen kami menginap selama dua malam di Hotel Staubbach. Kenapa kami pilih hotel ni? Sebabnya review dalam  Tripadvisor memang cemerlang. Hotel ni bukan sahaja mempunyai lokasi yang cantik - mengadap Staubachh Fall dan kawasan pergunungan, tapi staff hotel dia pun friendly dan banyak membantu.

 depan Hotel Staubbach
Hotel Staubbach
Hotel ni memang mahal sikit untuk poket kami tapi kami rasa harga dia memang berbaloi-baloi dan kami tak menyesal duduk hotel ni.... Highly Recomended bak kata orang kampung aku !

Ok sambung cerita, lepas kami melalui proses check in yang sangat mudah, staf hotel memberi kami maps kawasan-kawasan menarik dan terangkan mengenai cara nak pergi ketempat-tempat tersebut. Kami juga diberi penerangan ringkas mengenai hotel dan kemudahan-kemudahan yang disediakan.

Kalau ikut plan kami, petang tu lepas check in, kami ingat nak berehat sahaja di bilik untuk simpan tenaga untuk perjalanan kami esok. Tapi bila kami keluar di balkoni bilik ....

Nampak tak air terjun kat belakang kami tu ?

Air terjun yang boleh dilihat dari balkoni bilik kami tu ialah Staubach Falls. Hotel  ni mengambil nama air terjun ni sebab lokasinya yang berdekatan. Kami memang pilih bilik yang boleh view air terjun tu dari balkoni dan untuk itu kami kena bayor lebih sikit. Tapi pada kami amatlah berbaloi-baloi !

 

Bila dah tengok pemandangan yang awesome di balkoni,  kami seolah-olah dapat "tenaga tambahan" untuk  tengok air terjun tu dari jarak dekat.

Kami pun terus berjalan dari hotel ke Staubach Falls yang jaraknya dalam 200 meter. Semakin dekat perjalanan ke air terjun tu, kami mula terasa macam hujan gerimis mula turun...

On the way nak ke Staubbach Falls - streching kaki dulu....:)

Sebenarnya "gerimis" yang kami rasa tu datangnya dari air terjun tu.
Sebelum panjat air terjun , mari kita "minum dulu"
Kami kena mendaki bukit untuk naik ke Staubbach Falls.
Menikmati pemandangan di atas bukit menghala ke puncak  air terjun sambil tarik nafas yang dah mula semput....

Sebelum sampai ke kawasan puncak, kami kena melalui terowong
Dah menghampiri puncak. Kena naik tangga batu ...licin pulak tu
Semakin tinggi nak ke puncak air terjun, tangga berbatu tu semakin licin dan agak berbahaya. Masa tu kami rasa puas  dah sebab kami memang berada betul-betul dekat dengan  air terjun tu yang "terjun" dekat dengan kami,  so kami decide untuk turun ke bawah semula.

Bila dah sampai semula kat bawah, langit masih cerah lagi, so kami pun jalan-jalan ke pekan kecil  Lauterbrunenn tu.

Staubbach Falls tu memang jelas kelihatan dari pekan Lauterbrunnen.
antara kedai yang terdapat di pekan Lauterbrunnen
Bergambar depan kedai jam .
Swiss terkenal dengan jenama jamnya. Boleh dikatakan semua  jenama jam-jam yang terkenal macam Rolex, Tissot, Tag Heur, Swatch, Rado dll.,,,semuanya datang dari Swiss.  Cuba klik sini untuk tengok senarai jenama-jenama jam terkenal dari Swiss. Masalah problemnya harga jam-jam tu amatlah "berbahaya untuk nelayan-nelayan" kecil macam aku. So dapat amik gambar pun dah kira oklah :)

Kat salah satu kedai yang jual Swiss Army Knife yang famous tu.

Contoh swiss army knife.
Selain dari jam, Swiss juga terkenal dengan Swiss Army Knife. Swiss Army Knife ni pisau serbaguna. Aku kecik-kecik dulu panggil pisau  MacGyver . Ingat tak cerita tv MacGyver?  Cerita tu merupakan tv program favorite aku masa tahun 80an dulu. Sebenarnya Mac Gyver pakai pisau Swiss Army Knife ni le. Sekali lagi"nelayan kecil" hanya mengambil gambar di kedai tersebut, lagipun kedai dah tutup kan....alasan :)

Tengoklah parit di sebelah kedai-kedai di Lauterbrunnen, air dia  jernih gila!

Stesen Minyak layan diri 
Kedai serbaguna coop. Barang-barang kat sini murah sikit berbanding kedai-kedai lain di Swiss.




Photo favorite aku kat Lauterbrunnen.
Bila dah habis pusing pekan kecil Lauterbrunnen, kami pun balik semula ke hotel. Perut pun dah start keroncong, so kami pun bawak bekalan makanan kami ke "picnic room" atau pun ruang makan yang dikhaskan untuk tetamu yang menginap di hotel Staubbach. Picnic room  ni  bukak 24 jam dan ada disediakan kemudahan-kemudahan  seperti microvave, pinggan mangkuk, sinki dan dapur masak. Kami cuma kena bawa makanan sendiri je.

"special" menu kami - maggi big kari  + Nasik Briyani Ayam Brahim's
having Maggi Big Kari at Swiss....couldn't be better
Cantik betul pemandangan di sekitar Lauterbrunnen ni dan kami belum pun lagi naik kat tempat-tempat tarikan utama yang kami plan esok!  Bila difikirkan balik, ada hikmah juga kami bersusah payah dan  hilang setengah hari di Venice.  Rupanya Allah nak bagi kami stay lebih lama di Swiss dan enjoy pemandangan  yang lebih menarik - Tq Allah!

7 comments:

  1. tq for sharing.. pergi jungfrau x?

    ReplyDelete
  2. tq for sharing.. pergi jungfrau x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sori
      ...kami tak pegi Jungfraou ...sebab agak mahal bagi kami...dan review yg kami baca ...keadaan awam yg tebal selalu berlaku dan memandang diatas kdg2 tak clear

      Delete
  3. As salam tuan, sy nak berterima kasih pd tuan,.. sebab berdasarkan coretan journey tuan, sy guna utk ke sana tahun lepas.

    Sy dan wife dr Milano Centrale ke Spiez, tukar train, then ke Interlaken..tp kami naik last train mlm2 so sampai interlaken pukul 12 - 1 pagi..so train dah takde..nasib baik ada teksi kat situ dia boleh bawa ke lauterbrunnen. dia charge dlm EUR30..huhuhu..



    ReplyDelete
  4. Sama sama :) mana yg baik kita kongsi...saya pun baca tips org lain juga...

    ReplyDelete