Friday, January 15, 2016

Eropah, Mu Tunggu Aku Datang : Hari kedua di Swiss (part 3)

 Hari Kelapan : 1 Jun (Ahad)

Dari puncak Schilthorp, kami turun kebawah dengan kabel car. Disebuah hentian kable car ( Birg) yang kami kena transit sebelum naik cable car yang lain, kami nampak ada salji diluar stesen tersebut... kami pun apa lagi....bergambarlah kat area salji tu...hihihi


Salji kepal ikat tepi

whatever...
Ingat pemandangan kat atas je menarik, tapi rupanya pemandangan turun ke bawah pun hebat juga...Mashallah



Kalo nak tengok pemandangan masa turun ke bawah ...tengok video kami dibawah ni...



Lepas kami selamat turun dengan cable car.  Kami singgah kat padang yang ada bunga-bunga yang cantik  ...pastu Ayu pun buat posing-posing macam  Dilwale 1994.






Lepas bergambar sakan kat taman tu,  kami lepak kat  sebuah kawasan redup berdekatan air terjun yang cantik -  Trummelbach Falls!


Kat area sini juga   kami boleh nampak  paraglyding terbang dan nak landing.



Ada satu kejadian kecil berlaku kat sini. Ada satu famili  mat saleh lebih kurang 30 meter dari kami tengah buat barbeque ...ntah macamane masa ni aku terbersin style malaysia ( kuat ) sampai tiga kali... mat salleh tu terus tegur aku dan aku  pun cakap sorry.... dan tak lama lepas tu kami belah sebab segan kat diorang...:)



hihihi ...tapi dalam hati aku kata apa la Mat Salleh ni...antibodi lemah betul....baru bersin dah takut...:)

...pastu kami lepak kat tepi sungai yang aku rasa paling bersih dan natural dalam dunia!

Cintailah sungai Swiss...

keajaiban air sungai kat sini sebab  warnyanya biru kehijauan,.... keajaiban   air sungai di Malaysia sebab warna macam Nescafe Tarik  ......
hari pun dah nak petang, kami pun dah mula penat dan terus balik ke hotel kami di Lauterbrunnen  dengan menaiki bas. Kalau ikutkan memang tak habis teroka lagi tempat2 menarik kat sini tapi kami tak boleh "tamak" sangat sebab kami kena simpan jugak energy untuk trip-trip kami seterusnya!


Esok kami ada lagi satu hari kat Swiss dan " acaranya ' tidak kurang  hebat juge....tungggu  Swiss Part 4 ye yeop.....:)

Thursday, January 14, 2016

Eropah, Mu Tunggu Aku Datang : Hari kedua di Swiss (part 2)

Setelah hampir  setahun lebih tak update! , ku gagahkan jua menyambung catatan trip Europe kami....better late then never!

 Hari Kelapan : 1 Jun (Ahad)

Hari kedua di Swiss kami  naik ke puncak Schilthorn  . Di Interlaken ni ada banyak puncak-puncak gunung yang boleh kita naik. Puncak gunung yang terkenal ( dan termahal!) sekali adalah Jungfraou yang merupakan gunung tertinggi di Europe.

Walaubagaimanapun, berdasarkan kajian awal yang kami buat, keadaan cuaca dipuncak Jungfraou ni sukar diramal dan selalu kabus tebal yang menyebabkan kita tak nampak pemandangan sangat. Selain daripada tu, kos untuk naik ke Jungfraou berlipat kali ganda berbanding puncak2 yang lain. So dengan itu kami memilih puncak Shilthorn yang lebih kos efektif = murah :)

Shilthorn juga  merupakan tempat pengambaran cerita favorite aku - James Bond. Siri James Bond 007 - On Her Majesty's Secret Service telah membuat pengambaran disini pada tahun 1969!

Sebelum kami plan nak naik atas,kami sarapan dulu dihotel. Yang menarik mengenai Hotel Straubach ni, bukan je pemandangan diluar hotel ni menarik, pemandangan dari dalam hotel pun menarik.


Breakfast di Hotel


Makanan tak byk sgt variety tapi cukuplah....

Setelah sarapan kami pun berjalan kaki ke stesen kabel untuk ke Murren.

Untuk naik ke Schilthorn, kami ikut route   Lauterbrunnen - Grütschalp - Mürren - Schilthorn.

 Secara detailnya dari Lauterbrunnen  kami naik cable car menuju ke  Grütschalp kemudian  naik train lalu jurang! ke   Mürren dan kemudian berjalan kaki di perkampungan  Murren sebelum naik cable car  ke Schilthorn. 

Lauterbrunnen - Grütschalp


Sampai di stesen Murren, kami berjalan kaki ke stesen berikutnya ....tak lah jauh sangat...lagipun pemandangan memang cantik kat area sini . Sepanjang perjalanan ni kami melintasi rumah-rumah dan kedai-kedai yang cantik-cantik disampingan pemandangan yang indah.



Semasa kami berjalan nak ke stesen....kami singgah disebuah kedai souvenir. Masa kami masuk takde orang langsung kat kedai tu. Pekerja pun takde so kami pun jengah-jengah rupanya taukeh dia perempuan ada kat stor tengah mengemas agaknya.

Kat sini berlaku satu stituasi yang tak berapa menyeronokkan. Masa taukeh pompuan tu keluar dari stor,  kami pun bgtau yang kami nak look around the shop, dia buat muka mcm boring dan cakap yeah...look around. Masa tu aku masih bersangka baik lagi, tapi lepas aku dengan Ayu belek2 mafla dan souvenir kat kedai tu dia macam tak bagi pulak belek lama-lama.

Hati aku dah panas dah walaupun suhu kat situ sejuk, tapi sebab nak jaga mood aku sabor je. Pastu kami pun cepat-cepat beli mafla, snow cap dan beberapa souvenir lain. Bila kami beli barulah dia macam sporting sikit, agaknya mula-mula dia ingat kami ni bukan serius buyer, saje je usik-usik barang-barang dia. Pooodahhhh....

Selepas tu kami pun naik cable car untuk ke Schilthorn. Kabel car dia agak scary jugak...ala ala cable car kat Gunung Mat Cincang Langkawi, yg buat suspen tu sebab gunung dia lagi tinggi dan berawan....


Cabel car yang terakhir sebelum sampai ke puncak Schilthorn tu memang trill. Gayat gile bila tengok bawah especially masa dia goyang-goyang. 


Akhirnya sampai juga kat puncak Schilthorn.

Gambar yang aku paling suka. Perasaan tak kat atas kepala aku tu kebetulan ada burung helang terbang.

Kami memang amik masa yg agak lama kat sini sebab memang best pemandangannya....


BOND World 


Lepas puas bergambar kat luar, kami pun masuk kat Bond World. Kat sini ada tempat pameran yang menunjukkan babak-babak  dalam cerita James Bond - On Her Majesty Secret Service  yang difilemkan disini pada tahun 1969.





Lepas selesai kat Bond World, kami pun minum kat Restoren bergerak - Piz Gloria . Restoren ni berpusing yang macam kat KL Tower tu untuk lihat pemandangan puncak gunung.  Dalam sejuk-sejuk tu kami pekena hot chocolate . Masa nilah teringat kat teh tarik. Kan best kalau ada teh tarik kat atas ni.


Restoren ni berputar 360°  dalam kelajuan yang sangat perlahan......pemandangan memang awesome
Lagi satu gambar favorite aku. clear betul view kat belakang. Mashallah
 
Memang menarik betul pengalaman naik kat Schiltorn ni...awesome !!!  Alhamdulillah, memang tepat kami pilih Schilthorn berbanding Jungfraou. Pemandangan banjaran Alpine kat atas ni sangat clear dan kami boleh nengok puncak-puncak gunung yang lain.
Disebabkan perjalanan turun ke bawah adalah menarik juga,  maka aku asingkan dalam part 3 ye.....