Thursday, December 25, 2014

Trip Universal Studio Singapore (USS) 2014 - Part 1





Ok…post kali ni adalah pasal trip kami sekeluarga ke Universal Studio Singapore (USS). Walaupun post pasal Trip Europe 2014  dah berkurun tak siap-siap lagi …tapi aku nak post dulu pasal trip USS ni sebab masih fresh lagi diingatan.


Sebenarnya mungkin bagi sesetengah orang, trip ke USS ni takdelah hebat sangat…tapi aku nak post jugak …sebab suka hati aku lah …:)


Hihihi…tujuan aku post trip USS ni ialah sebagai dairi travel kami untuk kenangan kami sekeluarga nanti.   Kami juga nak  berkongsi  tips dan pandangan dengan sesiapa yg berminat…kami ni bukanlah experience traveler sangat…tapi untuk sesiapa yg first time atau dah lama tak pi…mungkin boleh ambil maklum dan ikut apa yag baik dan baiki apa yg tak baik dari pengalaman kami yang tak seberapa ni…:)


Ok aku start dengan Tujuan…..hihihi…baru abis amik subjek Research Method lah katakan…...



Tujuan


Sebab musabab utama kami ialah sebagai trip galang ganti kepada anak-anak kami yang kami tak bawak masa trip Europe 2014  :)


Yang kedua, sebab tengah cuti sekolah kan…so jalan-jalanlah…


Yg ketiga….kebetulan tarikh yang kami pilih tu 23 Disember adalah tarikh lahir aku bagi tahun masihi….

sebenarnya kebetulan je….kenapa aku pilih tarikh tu, antara sebab kenapa kami pergi 23 Disember ialah sebabnya final exam Master aku bagi semester 2 habis 21 Disember...so 22 Disember kami bertolak ke Johor Bharu ( rumah mentua aku) dan esoknya (23 Dis) kami ke USS.  Nanti 29 Dis Ayu dah start meting nak buka sekolah ...so itulah tarikh yang sesuai untuk kami...25 Dis Christmas  org dah start cuti mesti USS penuh agaknya.

Method

Kami beli tiket masuk ke USS dengan travel agen  .....kami beli tiket USS + bas (pergi balik)  JB - Singapore.  Harganya korang survey2 sendiri lah ye....

Mulanya aku nak beli online...sebab ada kata kalo beli online lagi...murah....tapi sebab aku tengah pening kepala masa sebelum pergi tu sebab final exam ( 20-21 Dis) dan assigment2 yang nak kena disiapkan sebelum dateline...so aku amik dengan agen  senang.

Pasal assignment buat last minit tu biasalah....Malaysia kan score last minit menang dengan Singapore 3-1 kan...Goal Keeper kat mane ...goal keeper kat mane?

Surprisingly amik dengan agen ni pun aku tengok tak banyak beza harganya dengan amik online...kelebihan amik dengan agen ni ialah pakejnya  termasuk USS sekali dengan tiket bas pergi balik JB-Singapore . So kami tak perlu risau nak pikir nak bawak kereta ke atau nak beli tiket  bas  ke USS.  

Trip

Starting point : Hotel Tune  Danga Bay J.B 

 
Tune Hotel Danga Bay JB

Kami bertolak pukul 6.40 pagi dari Taman Universiti, Skudai ke Hotel Tune Hotel Danga Bay, JB.  Kami parking kereta kat shop2 lot berdekatan dengan Hotel Tune tu. Ada banyak parking space kalo pagi2.....kami parking situ free sampai malam.   

Tips: macam biasa, kalo boleh parking kereta kat tempat yang selamat lah ..yang ramai orang boleh nampak.
Tiket USS

Ikut jadual bas bertolak pukul 7.30 pagi. Pukul 7 pagi travel agen dan tipon kami kami tanya awak kat mane awak kat mane? kebetulan kami baru sampai masa tu so kami terus jumpa dia depan pagar depan Hotel Tune. Kat situ, kami bayar baki separuh harga tiket. Untuk makluman, prosedurnya beli dengan agen ni, separuh harga kena bank in dulu bayar kat dia ... baki separuh lagi bayar masa nak bertolak naik bas. 

Lepas bayar, agen tu bagi tiket kat kami  ... tiket orang dewasa ada free $5 Sing Dollar  untuk meal Voucher  + free $5Sing Dollar untuk merchandize + free parking ( kalo bawak kenderaan sendiri).

Note : Tiket USS budak-budak bawah 4 tahun FREE

Lepas tu, agen tu bagi kad putih IMM27E  untuk kami isi.  Kad putih ni penting untuk tujuan pemeriksaan Imigresen Singapore nanti.   

Contoh gambar Kad Putih IMM27E.  Gambar dari blog http://suryatiabdullah.blogspot.com

Tips :  Kalau boleh dapatkan kad ni awal-awal lagi dan isi   sebab kalo isi masa naik bas nanti kelam kabut macam kami... maklumlah 6 orang...2 dewasa + 4 askar (budak) ...jangan lupa bawak pen. Kad putih tu agen akan bagi. Pastikan.

Agen jugak akan bagi satu borang untuk semua penumpang isi nama dan no pasport masing2...sebabnya list ni akan dibagi kepada driver  bas untuk dia nak tahu bilangan sebenar penumpang yang nak ke USS. 

Agen akan buat taklimat ringkas sebelum bertolak. Antaranya yang penting :-

*  tak boleh bawak gula-gula getah ( chewing gum) ke Singapore - akan kena denda kalo bawa !

*  tak boleh bawak rokok penuh satu kotak. Maksudnya kalo bawak rokok kena...buang satu. Maksudnya untuk kegunaan sendiri dan bukan untuk dijual. Kalo tak kena denda. 

* jangan bawa barang2 terlarang  ( google sendirilah apa benda2 terlarang tu) 

Tips : Kalo pergi balik hari macam kami , tak payah lah bawak barang banyak sangat...bawak barang2 penting je. Nanti susah nak kendong sana nak kendong sini.

Untuk makluman, Agen tak ikut sekali pergi USS, diorg cuma urus kita sampai masa kita nak bertolak dari Hotel Tune. Mungkin sebab agen ni takde bas sendiri jadi dia sewa bas persiaran lain.  Tapi kalau ada problem boleh call je agen tu. 

Tips : Ingat no plat bas! ( semua pak lang , mak lang, cucu sedara, adik kakok yang ikut trip kena ingat juga!)

Hotel Tune - CIQ Checkpoint

Bas bertolak pukul 7.30 pagi ke Customs, Immigration and Quarantine (CIQ) Complex, Johor Bharu  untuk pemeriksaan pasport oleh Imigresen Malaysia. Kami anak beranak kena turun dengan barang masing-masing dan buat pemeriksaan pasport.  Lepas tu kena carik balik bas dan naik bas. 

Keadaan agak sibuk juga sebab ramai orang keluar masuk JB - Singapore. Lepas selesai urusan pemeriksaan pasport, kami pun naik bas balik. Mula-mula panik juga sebab tak tahu bas kat mana. Tapi kami ikut orang ramai2 ...pastu ternampak signage platform bas so kami  cari dan  jumpa bas kami.  Seterusnya bas bertolak ke CIQ Woodlands Singapore.

Ulangan Tips : Penting ingat no.plat bas ( kalo boleh amik gambar @rekod no.plat bas dan gambar bas) kot-kot terlupa. Sebab banyak bas-bas persiaran dan kadang-kadang rupa sama je....

CIQ Woodlands, Singapore

Customs, Immigration and Quarantine (CIQ) Woodlands, Singapore ini adalah pintu masuk kenderaan darat dari arah Tambak Johor, Malaysia. Kat sini agak sibuk juga. Kami turun bas anak beranak dengan barang masing-masing untuk pemeriksaan Imigresen dan Kastam Singapore.

Kat sini beratur agak panjang. Walaupun banyak kaunter dibuka tapi rezeki masing-masinglah siapa settle cepat dan siapa  lambat. Ada kaunter yang proses cepat dan ada kaunter yang lambat. 

 Selepas selesai check imigresen dan kastam, kami pun naik bas balik. Masa ni pun kami panik juga sebab tak tahu camne nak carik bas. Tapi kami guna taktik sama...ikut orang ramai-ramai  jalan pastu nampak signage hentian bas so kami pun carik bas kami. Nasib baik kami ingat no. bas...kalo tak jenuh juga sebab banyak bas persiaran. Rupa pun sama sama je. 

CIQ Woodlands - USS

Seterusnya ke USS. Perjalanan agak lancar dan dalam 45 minit kami sampai. Tempat platform bas dan parking kereta kat bawah tanah. Bila dah sampai kami dipesan oleh bas driver untuk ingat area tempat platform bas parking tu. Sebabnya kita akan luangkan  masa lebih kurang 8 jam kat USS  ( 11.00 pagi - 7 malam) so takut dah petang dah penat lupa lak kat mana tempat bas. Untuk makluman bas pun tak stay kat situ. Driver bas tu akan ketempat lain dan petang baru datang balik.  

Bergambo depan trademark globe USS

Dari parking  bawah tanah kami naik escalator ke atas untuk ke USS. Bila naik kami dah nampak dah trade mark globe USS. Untuk makluman trademark globe USS ni ada kat luar pintu masuk utama USS....ramai yang nak amik gambor kat sini...so pandai-pandailah nak timing dan nak amik angle yang sesuai...globe USS ni berpusing...so kena timing supaya perkataan UNIVERSAL tu boleh nampak sepenuh yang boleh.


Main Entrance USS

Alhamdulillah kami beratur tidaklah panjang sangat dan dapat masuk dengan cepat. Lepas masuk tu first yang kami buat ialah lepas kan "hajat" masing-masing di Restroom yang ada di sebelah kanan Main Entrance.

Tips : Tandas di Singapore ni tak pakai air untuk urusan "hajat" kita so benda2 yang boleh membantu ( air yang diisi dalam botol mineral, tisu basah, tisu). 

Selepas urusan "hajat" selesai, kami pun amik pamplet peta USS ( percuma) dan rancang aktiviti kami. Berdasarkan homework kami, ada yang suggest mula dari sebelah kiri ... ada jugak yang suggest mula dari sebelah kanan.
 
Maps USS (klik gambar untuk paparan lebih besar)
Untuk makluman, di USS ni ada 7 Zone.  (Hollywood, Madagascar, Far Far Away, New York, Sci-Fi-CityAncient Egypt dan Lost World).

Setelah main entrance, attraction yang pertama adalah Hollywood ...akan ada jalan lurus ( Hollywood Boulevard) yang ada kedai-kedai sebelah kiri dan kanan. Kedai-kedai yang ada -  Universal Studio Singapore Store, Starbuck dan lain-lain. Kat sini jugak ada banyak ikon2 kartun untuk kita bergambar. 
Attraction yang paling best sekali untuk budak-budak 12 tahun keatas dan mak bapak budak!

Di hujung jalan Hollywood Boulevard ni ada simpang tiga. Sebelah kiri  Madagascar, Far Far Away. Attraction ni sesuai untuk budak-budak kecik umur bawah 12 tahun. Sebelah kanan Sci-Fi-City, Ancient Egypt). Attraction ni sesuai untuk umur 12 tahun keatas sebab attraction dia agak "ganas" sikit.  Dihujung kedua-dua jalan ini akan bercantum semula dan kat situ ada Lost World (Jurrasic Park, Waterworld, etc. etc.).  
Ancient Egypt

Kat mana nak pergi dulu? Pada aku terpulang pada masing-masing. Kena tengok juga ahli rombongan masing masing. Macam  kami 6 orang  ( 2 dewasa dan 4 kanak-kanak bawah 12 tahun) so kena pecah dua.  Untuk makluman, untuk bermain-main attraction ni , ada peraturan- peraturan keselamatan. Peraturan yang paling utama ialah  tinggi.  Kalau sesiapa yang tingginya melebih 122 cm  takde masalah, boleh bermain semua game ( kecuali orang mengandung). Bagi budak-budak yang bawah 122 cm , ada beberapa attaraction yang diorg boleh main dan ada attraction yang diorg tak boleh main kecuali kalau ditemani orang dewasa). Minimum had tinggi yang aku perasan ialah 80 cm. 

So strategy kami ialah berpecah dua.  Aku bawak dua anak yang kecik - Fasha dan Darwish ( 7 tahun dan 3 tahun)  ke Attraction sebelah kiri  ( Madagascar dan Far FarAway) dan Ayu bawak yang besar - Ilhan dan Balqis ( 11 tahun dan 9 tahun) ke Attraction sebelah kanan ( Sci-Fi-City dan Ancient Egypt).   Dalam pukul 1 PM kitaorg janji jumpa kat Oasis ( Tempat makan halal dan dekat dengan Prayer room). 

Mulanya berdasarkan blog-blog traveler yg pi USS yang aku baca, tempat ini ada free wifi, tapi rupanya sekarang dah takde lagi dah. So kami tak dapat communicate. Alhamdulillah takde apa emergency yang berlaku dan kami berjumpa kat meeting point kami di Oasis lebih kurang pukul 1 petang. 

Tips : Tempat ni takde free wifi, so pandai2lah korang nak roaming atau nak beli local sim ke utk communicate... 

Ok sampai sini dulu untuk Part -1....nanti sambung lain...penat weeeiiii....

1 comment:

  1. Hi ADMIN & Semua! :) Mari dapatkan tiket promosi Singapore seperti USS/SINGAPORE ZOO/GARDEN BY THE BAY/SEA AQUARIUM dan banyak lagi! Pasti lebih murah dari harga kaunter & OPEN DATE! Tiket USS, MYR 211 per adult sahaja (est SGD66 only). Pakej USS with 2 ways transfer via bus from DANGA BAY JB - USS juga ada.
    .
    Lawati LOVE TRAVEL page di >>> http://lovetravel-love.blogspot.com & >>> www.facebook.com/lovetravel86
    JESSICA, LOVE TRAVEL (whatsapp: +6012-7760219) Email: jessica.travel8686@gmail.com .TQ

    ReplyDelete