Roma Termini - Stesen Pengangkutan Awam Utama Rome |
Perjalanan dari Rome ke Pisa mengambil masa 3 jam. Kami plan hanya nak berada sekejap sahaja di Pisa , tak lebih sejam sebab berdasarkan nasihat kawan-kawan – takde apa yang menarik di Pisa selain amik gambar menara condong tu je. Of course kalau dapat naik menara condong tu lagi best tapi kami nak jimat kos dan masa kerana nak naik tu kerana beratur panjang juga dan akan mengambil masa yang lama. Ini kerana selepas Pisa kami akan ke Venice untuk bermalam disana selama 2 hari. Perjalanan dari Pisa ke Venice melalui Florence mengambil masa 3 jam so kami tak nak sampai lewat malam, takut-takut tak boleh check in sebab reception hotel tutup.
Mula2 tu aku
risau juga kalau-kalau dia nak tengok tiket sebenar sebab ini first time aku beli ticket train online . Tak lama lepas keretapi bertolak, konduktor dia datang dan mintak tiket, aku
bagi print out aku tu dan dia check
dengan device dia yang macam smartphone dan dia kata ok tanpa banyak soal. Lepas tu aku dengan Ayu barulah boleh duduk
selesa sikit sambil menikmati pemandangan sepanjang perjalanan ke Pisa Centrale.
Perjalanan naik keretapi ni agak meletihkan jugak. Ayu tak biasa duduk dalam kearah kebelakang sebab rasa pening so bila ada kerusi kosong dia duduk kat kerusi yang mengikut arah perjalanan train. Aku pulak dah biasakan duduk lawan arah perjalanan so aku tak kisah sangat. Kami dah
berapa kali bangun tido bangun tido dan akhirnya pada pukul 1.00 petang iaitu selepas 3 jam perjalanan sampailah kami
ke Pisa Centrale. Sampai ke Pisa Centrale kami singgah ke toilet dulu dan lepas tu kami tinggalkan bag kat left luggage. Kami tak nak pikul bag berat untuk ke Menara Pisa tu sebab nanti kami akan kembali ke Pisa Centrale untuk naik train pukul 3.54 petang untuk menuju ke Venice. Ini bermakna kami ada lebih kurang 3 jam untuk melawat menara Pisa. So far so good eh...tungguuu....
Sebelum ke menara Pisa, kami cuba carik kedai kebab berdekatan stesen Pisa Centrale tu. Melalui kajian kami melalui internet, ada terdapat beberapa kedai makanan halal berdekat Pisa Centrale so kami pun cuba lah cari. Memang betul, tak jauh dari stesen tu dalam 50 meter je ada satu kedai Kebab, kami berjalan ke kedai tu. Tapi bila kami dah dekat dengan kedai tu, timbul kemusykilan pulak, sebab kedai tu macam kosong dan pekerja dia tak nampak macam Muslim. Timbul perasaan was was dan kami decide untuk cari kedai lain . Alhamdulillah tak jauh dari kedai tu dalam 30 meter je kami jumpa satu lagi kedai Kebab dan bila kami masuk ada tulis halal. Pekerja-pekerja kedai pun nampak macam Muslim ( Pakistan dan Afganistan) dan di kedai ada tulisan ayat-ayat Al-Quran.
Satu lagi
yang kami confident ialah pelanggan dia yang sedang makan dan bercakap
dalam bahasa Arab. Kami pun apa lagi
terus order kebab sorang satu dan bedal. Kebab yang
kami makan ni daging dia lagi sedap dari kedai di Roma Termini dan yang
menambahkan sedapnya lagi sebab dia ada sos cili pedas – wawawiiii …..mamma mia!
Selesai makan, kami pun kembali ke stesen untuk beli tiket bas ke menara Pisa. Menara Pisa ni terletak kira-kira 11 minit perjalanan kalau naik bas dan 22 minit ( 1.8 km) kalau berjalan kaki. Kami decide untuk naik bas sahaja sebab cepat sikit. Selepas tanya orang kami pun beli tiket dan naiklah bas .
Kalau mengikut perancangan kami, kami akan meluangkan masa dsekitar Menara Condong Pisa ni tak lebih satu jam, sebab kami dah beli tiket train dari Pisa ke Venice ( transit di Florence) yang akan bertolak pukul 3.54 petang. Sesungguhnya kita hanya merancang dan Allah yang menentukan. Sesuatu yang tak dirancang berlaku semasa perjalanan kami dari Pisa Centrale ke Menara Condong Pisa. Kami TERLEPAS stop yang sepatutnya !!!!
Kesilapan kami ialah kami tak tanya kat hentian mana patut kami turun
sebab kami jangka mesti kami boleh nampak dari bas menara condong tu
dan stop kat hentian yang sepatutnya. Rupa-rupanya kami dah terlepas
stop yang sepatutnya sebab dari bas tak berapa nampak menara condong tu.
So perancangan kami dah jadi haywire. Kami tanya orang dalam bas dan
dia kata bas akan pergi tempat lain dulu dan akan kembali ke Menara
Condong dalam 30 minit lagi! Selepas bas tawaf tempat lain dan kembali
ke Menara Pisa, kami turun cepat-cepat di hentian yang sepatutnya. Jam
masa tu lebih kurang 2.50 petang dan kami ada masa lebih kurang 1 jam
untuk amik gambar cepat-cepat dan terus ke Stesen keretapi untuk naik
train ke Venice.Disinilah ujian hebat pertama kami dalam Travel ni, nak jadikan cerita, dari hentian bas , kami perlu berjalan dalam 800 meter nak ke Menara Pisa, kami pun apa lagi, berlari kesana. On the way kesana, kami kena stop pulak sebab kena lintas laluan keretapi dan laluan tu ditutup beberapa minit sebab nak bagi train lalu - Perfecto!
Lepas train dah lalu je kami berlari laju-laju sampai tercungap-cungap dan amik gambar cepat-cepat. Kalau korang tengok gambar kami tu, muka memang tak berapa nak feel sebab masing-masing tercunggap dan amik gambar untuk "cukupkan syarat" je.
Tak larat nak posing tahan Tower sebab dan tercunggap-cunggap! |
Gambar ni diambik kat tempat menunggu teksi - tak pernah dibuat orang ! |
Bernafas dalam lumpur! |
Muka penat di Stesen Venizia Santa Lucia. |
Sampai di Venice, hujan renyai - renyai menyambut kedatangan kami, nasib baik aku dah booking hotel yang terletak kira-kira 450 meter dari stesen. Kat luar stesen, Bangla ramai jual payung 5 Euro aku pun beli satu dan jalan ke hotel.
Inilah gambar Hotel kami di Venice |
Posting mengenai Venice akan menyusul - tunguuuuuu
No comments:
Post a Comment