Hari ni adalah hari pertama yang kita orang betul-betul berjalan. Pagi-pagi lagi kami dah bangun untuk sarapan dan bersedia untuk "selongkar" Rome!
Nak berjalan kena makan cukup-cukup dulu, banyak nak pakai tenaga nanti! |
Mesin tiket automatik di Roma Termini |
Memandangkan kami hanya akan berjalan-jalan di Rome selama 1 hari je so kita orang beli day ticket . Dengan day ticket ni kami boleh jalan-jalan satu Rome dengan menggunakan public transport seperti Metro, Train, bus sehingga tengah malam bermula dari kami validate ticket tu. Jangan lupa ye validate ticket kat mesin khas sebelum guna ticket.
1. Colosseum
Ok destinasi pertama kami ialah Colosseum atau Colosseo dalam Italian. Colosseum ni macam stadium zaman purba yang dibina kira-kira 2000 tahun dahulu oleh kerajaan Rome untuk pertandingan gaduh-gaduh antara manusia dengan manusia dan juga manusia dengan binatang ( singa , rimau, panda ---kikiki) - ala macam cerita Gladiator tu....
2. Roman Forum
Pastu kitaorg melawat Roman Forum yang terletak bersebelahan sahaja dengan Colosseum. Roman Forum adalah tapak bangunan Kerajaan Rome lama yang telah dibina lebih 2000 tahun dahulu. Walaupun kebanyakan struktur utama telah runtuh, tapi masih jelas kelihatan struktur-struktur bangunannya.
Tapak tinggalan binaan di Roman Forum |
Ni pun sama |
Di Roman Forum kami terserempak dengan persembahan jalanan seperti
gambar di bawah. Persembahan jalanan macam ni memang banyak
ditempat-tempat pelancongan terkenal di Eropah yang kami lawati. Mereka ni bukan mintak
sedekah tapi terpulang pada kita nak bagi duit atau tak, berapa nilai pun
tak kisah. Memandangkan aku nak amik gambar dengan dia, aku bagilah
jugak duit sikit dan letak dalam bekas yang dia letak dihadapan.
Mana lagi hebat? yang sebelah kiri atau sebelah kanan? |
Kedai-kedai souvenir bersepah-sepah kat area Colesseum dan Roman Forum. Kebanyakan dijual oleh orang Bangladesh dan India. |
3. Altare della Patria
Di sebelah Roman Forum pulak terletak monumen yang dikenali sebagai Altare della Patria. Monumen ni agak besar juga tetapi bukanlah purba sangat sebab dia hanya mula dibina pada 1911. Berbanding bangunan-bangunan bersejarah lain di Rome yang dibina beratus malah ada yang beribu-ribu tahun dulu. Kami lawat bangunan ni sebab kebetulan dekat dengan Roman Forum .
Waktu dah masuk tengahari dan kami mula rasa lapar dan penat sikit. Masih terdapat beberapa tempat yang kami nak pergi tapi kami decide untuk balik ke Roma Termini dan penginapan kami dulu untuk "recharge batery" kami. Yelah, kami ni bukan muda sangat pun, kalau overpush jalan - jalan nanti sakit rugilah..banyak tempat tak pergi lagi :)
Tengah order kebab Turki dekat kedai kebab berdekatan Roma Termini |
Kebab yang kami makan |
Istanbul - itulah nama kedai kebab kat Roma Termini yang kami pi makan tengahri tu |
Oh satu lagi kelebihan kami berjalan di Europe pada bulan Mei-Jun ni ialah sebab sekarang musim spring dimana siang lagi panjang dari malam. Pukul 5 pagi dah cerah dan pukul 9.00 malam baru maghrib dan gelap. So kami ada banyak masa dan berjalan sebab waktu siang panjang. Cuma kedai-kedai kebanyakan tutup awal lah sekitar pukul 5 petang.
Ok sambung balik berjalan, dalam pukul 2 petang kami ke Hard Rock Cafe (HRC) Rome. HRC ni adalah destinasi wajib kami kalau melancong. Kami memang kumpul baju-baju dan souveniur HRC. Ironinya HRC kat Malaysia yang tercinta satu pun kami tak pergi lagi,,,, kikiki
HRC di Rome ni terletak dikawasan kedutaan negara-negara asing. Dari Roma Termini, kami naik Metro Line 1 dan turun di stesen Barberini. Pastu kami berjalan dalam 300 meter sepanjang jalan Via Veneto.
Selepas ke HRC, kami berjalan kaki ke area stesen Metro Barberini tadi. Tujuannya adalah untuk naik bas untuk ke Pantheon dan Piazza Navona. Kami pun naiklah bas 53 sepertimana yang kami baca dalam internet. Bila dah naik bas tu kami mula rasa yang bas ni dah pergi arah lain. Rupanya kami ternaik bas yang baru lepas lalu Pantheon dan dia nak "tawaf" jauh dulu sebelum balik ke Pantheon semula. Nombor bas dah betul tapi arah salah! Kami dapat tahu bila kami tanya orang dalam bas dan dia nasihat supaya kami turun dan naik bas lain.
Pengajaran kat sini jangan ikut arahan dalam internet bulat-bulat mahupun lonjong-lonjong. Elok tanya dulu dengan orang tempatan ataupun lebih baik kalau ada double check dengan info center atau orang awam sebelum kita naik bas atau apa-apa pengangkutan awam.
Lepas dah salah bas tu kami turun dan kami naik bas lain yang menuju ke area berdekatan Pantheon. Kali ni kami tanya orang dalam bas kat mana nak turun. Walaupun orang yang kami tanya tu tak tau cakap English, tapi kami boleh faham arahan dia walaupun kami bercakap macam ayam dengan itik jadinya. Pengajaran kat sini - malu bertanya sesat jalan... dan....salah bas!
Setelah turun kat hentian bas Corso, kami berjalan kaki dalam 300 meter dan sampai ke Pantheon.
Pantheon
Diluar Pantheon |
Nampak tak kubah kat atas tu? Sorilah gambar amatur ..kalo nak tengok gambar penuh adalah mcm kat bawah... |
Pantheon Dome - gambor dari google image |
Piazza Navona
Lepas ke Pantheon, kami ke Piazza Navona yang jaraknya tak jauh sangat dari Pantheon. Lebih kurang 200 meter jalan kaki. Piazza Navona adalah satu kawasan dataran yang dibina kira-kira 2000 tahun dulu. Kat sini ada beberapa fountain ( air pancut) yan menarik. Kawasan ni juga tempat orang lepak-lepak.
depan Fountain of the Four Rivers |
Kat Fontana del Moro |
Kat Piazza Navona ni kami terjumpa seorang lagi persembahan jalanan. Kali ni orang "tanpa kepala" (gambar bawah)
Mana kepala dia? |
Dari Piazza Navona, kami patah balik dan berjalan kaki lebih kurang 700 meter ke Trevi Fountain. On the way tu kami singgah makan "gelato. Gelato tu maksudnya aiskrim dan gelato tu memang sedap!
sedap betul :gelato" ni! |
Trevi Fountain
Trevi Fountain atau Treve de Fontana dalam bahasa Italy adalah kawasan air pancut yang paling cantik dan famous di Rome!
Trevi Fountain |
Muka ketat sebab betis cramp! |
Balsem Lang (kiri) yang dah sampai ke Rome dan berjasa kepada aku. Sebelah dia tu handyplast. |
apa maksud signage "uscita" yang kat atas kepala aku tu? |
Ok dari Trevi Foutain, kami berjalan kaki lebih kurang 500 meter ke stesen Metro Barberini untuk pulang ke Roma Termini dan ke penginapan. Bila dah sampai penginapan, aku pun wassap member aku kat UK yang kirim baju HRC. Rupa-rupanya kami dah tersalah dengar, ingatkan dia nak saiz XL, rupanya L. Tengok jam dah pukul 7 lebih. Kalo aku pergi HRC esok mesti kelam kabut sebab esok kami nak ke Pisa dan Venice yang total masa masa perjalanan dalam 9 jam! Desicion making! desicion making !
Pastu aku teringat yang Europe kan siang panjang, maghrib pun pukul 9 malam so masih cerah lagi. HRC pun tutup lambat so aku tanpa buang masa pergi sorang ke HRC dengan Metro. Nak ke HRC ni aku cuma ambik masa 10 minit je dari Roma Termini ke stesen Barberini pastu jalan kaki dlm 300 meter dah sampai HRC. Aku bawak resit pembelian dan tukar saiz L tanpa sebarang masalah. Lepas tu aku patah balik ke penginapan tanpa singgah kemana-mana lagi dan sampai sebelum malam. Alhamdulillah.
Malam tu kami berehat je di penginapan sambil minum capucino, cafe latte dan ratah Nutela yg disediakan di penginapan kami FOC...Tapi macam ada kekurangan plak so kami bedal sebungkus Maggi Big Kari yang kami bawa dari Malaysia. Disamping tu kami tit tot tit tot update fb dan chat dengan anak-anak melalui fb messenger.
Untuk perjalanan kami ke Pisa dan Venice keesokan harinya , tunggu dalam next posting yeee....tungguuu
No comments:
Post a Comment