Hari Ketujuh : 31 Mei (Sabtu)
|
Wow Swiss!
Perjalanan kami ke Swiss bermula dari stesen keretapi Venice Santa
Lucia. Kami bertolak pukul 7.50 pagi dengan keretapi Trenitalia. Kami di
jadualkan sampai di stesen keretapi Milano Centrale pukul 10.25 pagi
dan seterusnya tukar keretapi di sana dan bertolak pada pukul 11.25 pagi
dari Milano Centrale ke Bern, Swiss.
|
|
Bye bye Venice. |
|
From Venice to Milan. Ada Venetian terlepas .... |
Destinasi kami di Swiss adalah
Lauterbrunnen. Lauterbrunnen adalah satu kawasan lembah di kawasan pergunungan di area Interlaken. Lauterbrunnen mempunyai ketinggiaan kira-kira 800 meter dari aras laut dan ia merupakan salah satu kawasan perlancongan yang paling menarik di Switzerland.
Kalau ikut perancangan asal kami, kami akan sampai di Swiss pada pukul 6.00 petang dengan menaiki kapal terbang easyjet dan turun di airport Basel, Swiss. Jarak antara Basel dengan Lauterbrunenn adalah kira-kira 160 km. Dari Basel, kami rancang untuk naik train ke Lauterbrunnen di mana perjalanan mengambil masa kira-kira 2 jam 30 minit. Ini bermaksud kami akan sampai di Hotel di Lauterbrunnen lewat malam!
Walaubagaimanapun apabila tiket penerbangan kami dibatalkan, kami telah
menukar perancangan dengan bertolak awal dengan menaiki keretapi dari Venice dan terus ke
Bern, Switzerland yang lebih dekat dengan Lauterbrunnen. Jarak di antara Bern dengan
Lauterbrunnen adalah lebih kurang 67 km iaitu 1 jam 20 minit perjalanan sahaja dengan public transport berbanding Basel ke Lauterbrunnen yang jaraknya 260 km dan mengambil masa 2 jam 30 minit! Alhamdulillah disebabkan perkara ni kami akan sampai Swiss lebih awal.
|
Kedudukan di antara Basel, Bern dan Interlaken. Lauterbrunnen adalah pekan kecil yang terletak di Interlaken. | |
|
|
Kedudukan di antara Interlaken dan Lauterbrunnen |
|
|
Dari Milan
ke Lauterbrunnen yang terletak di area Interlaken, sebenarnya lebih
dekat kalau kami turun di Spiez dan kemudian naik train lain ke
Interlaken. |
Perjalanan kami dari Venice ke Milano Centrale berjalan dengan
lancar. Apabila sampai di Milano Centrale, kami ada lebih kurang 50
minit sebelum keretapi kami seterusnya bertolak ke Bern. Jadi kami ambik
masa yang terluang ni untuk beli sedikit souvenir dan amik gambar di stesen Milano Centrale yang aku rasa
antara stesen keretapi yang paling cantik yang pernah aku jumpa setakat
ni.
|
nak sampai ke Stesen Keretapi Milan - Milano Centrale... |
|
Bergambar sekejap di Milano Centrale |
Lepas beli souvenir dan bergambar di stesen keretapi, kami terus pergi
ke platform dan naik train. Kami masuk awal kerana kami tak nak kelam
kabut bersama orang lain jka kami masuk last minit.
Perjalanan kami dari Milano Centrale ke Bern adalah seperti ini :-
Milano Centrale - Birg - Visp - Spiez - Thun - Bern
Sebelum kami naik train ke Bern, aku sempat tanya
pegawai keretapi yang bertugas di platform. Aku tanya dia kalau nak ke
Interlaken ( Lauterbrunnen), stesen mana yang patut kami turun. Dia kata
Thun. Aku tanya balik macamana dengan Spiez? dia kata tidak - Thun . Ok,
aku pun percaya cakap dia dan say thanks.
Sebenarnya kami tak sedar yang sebenarnya kami boleh jimat masa dan kos
kalau kami turun di Spiez berbanding dengan turun di Bern.
Sepatutnya aku tak perlu memilih untuk turun di Thun atau Bern, ini kerana kalau nak ke Lauterbrunnen, adalah lebih dekat dan jimat kalau turun di Spiez. Maklumat ini aku sedar bila dah beli tiket.
Takpelah rugi masa dan duit sikit
tapi yang penting selamat sampai.
|
Klik gambar untuk lebih jelas
|
Ok, bila dah naik train, ada satu kejadian yang "kurang menyenangkan" berlaku. Pada mulanya semua berjalan lancar, tapi bila keretapi dah dekat nak jalan, adalah sorang mamat orang putih masuk dalam train dan duduk sebelah aku.
So apa "dosa" mat salleh ni? Untuk makluman semua, yang "specialnya" mengenai mat salleh ni ialah bau badan dia teramatlah busuknya macam dah dua minggu tak mandi !
|
Duduk selama 3 jam sebelah mat salleh yang dijangka telah 2 minggu tak mandi tak bagus untuk kesihatan hidung anda! |
Dalam hati aku, aku rasa mamat ni mesti baru selesai buat field research kat hutan mana selama 2 minggu dan tak pernah kisah nak mandi. Selesai kerja dia kat hutan dia terus naik train untuk ke destinasi seterusnya. Masalahnya train ni tertutup dan pasang "air-cond". Tambah lagi perjalanan agak panjang iaitu 2 jam 30 minit jadi bau dia tu memang telah menspoilkan serba sedikit mood aku.
.
Setelah 2 jam 30 minit perjalanan, kami pun sampai di Thun. Kami turun di stesen tersebut dan singgah ke kedai serbaguna yg terletak di seberang jalan. Sebelum kami masuk kedai, kami terjumpa dengan beberapa Indonesian. Mereka menyapa kami dan tanya kami dari mana. Kami pun sembang kejap dengan mereka. Walaupun perut kami dah keroncong masa tu, atas dasar hormat jiran serumpun, kami layan berborak dengan diorang. Mereka agak peramah dan humble walaupun sebenarnya mereka ni pegawai tinggi Kedutaan Indonesia di Swiss!
Salah seorang yang berborak dengan kami tu adalah Duta Besar Indonesia di Swiss. Dia datang jalan-jalan di area Thun bersama isteri dan rakan-rakan mereka. Setelah berbual dalam 5 minit, kami pun mohon "permisi". Di kedai serbaneka tu, kami cari apa yang boleh di makan dan jumpa lah croissant dan air red bull tin besar.
Lepas tu kami balik ke stesen Thun dan beli tiket untuk ke Lauterbrunnen. Masa beli tiket tu aku tanya dengan pegawai yang bertugas di kaunter dan dia bagi tau kalau nak ke Lauterbrunnen, kami kena patah balik ke Spiez dan lepas tu naik train ke Interlaken Ost dan lepas tu naik train ke Lauterbrunnen. Aku dah agak dah, kalau turun kat Spiez lebih dekat, maksudnya train officer kat Milano Centrale tu pun tak sure sebenarnya :) ...takpelah, tak jauh sangat pun dari Thun ke Spiez, dalam 10 minit je.
Ok setelah sampai di Spiez, kami turun dan tukar train ke Interlaken Ost. Pemandangan sepanjang perjalanan ni memang cantik.
|
Tasik Thun |
|
Tasik Thun lagi |
|
pemandangan "kampung" di Swiss |
Setelah 20 minit perjalanan, kami pun sampai di Interlaken Ost. Dari Interlaken Ost, kami pun naik train ke Lauterbrunnen dan train terakhir untuk perjalanan kami hari ni adalah paling awesome sekali !
Perjalanan mengambil masa dalam 20 minit dan train ini akan mendaki naik ke Lauterbrunnen yang mempunyai ketinggian kira-kira 800 meter dari aras laut!
Enjoylah tengok gambar-gambar kat bawah ni ye.
|
Mau tak "histeria" ko tengok pemandangan macam ni - Mashallah |
|
|
Bersih betul sungai dia...tak de sampah langsung. |
|
|
Kami sampai ke Stesen Lauterbrunnen kira-kira pukul 4 petang. Walaupun
kami agak penat setelah mengharungi kira-kira 7 jam perjalanan dengan 5 kali
naik turun train, tapi bila tengok pemandangan indah sepanjang perjalanan ke Lauterbrunnen, terus
hilang rasa penat. Mashallah, cantik betul ciptaan Allah di muka bumi
ni.
|
Sampai pun di stesen keretapi Lauterbrunnen... |
Kami berjalan kaki ke Hotel yang kami dah booking yang terletak kira-kira 500 meter dari Stesen Lauterbrunnen. Walaupun taklah jauh sangat, tapi disebabkan beg yang dah mula "memberat" dengan souvenir-souvenir yang kami beli di Rome, Venice dan Milan, ia mula memberi "kesan" kepada pinggang dan bahu aku. Tapi seperti yang aku kata tadi, pemandangan di Lauterbrunnen menyebabkan semua sakit-sakit tu "terubat" dengan sendirinya :)
|
On the way nak ke hotel kami kena lalu pekan kecil Lauterbrunnen |
Di Lauterbrunnen kami menginap selama dua malam di
Hotel Staubbach. Kenapa kami pilih hotel ni? Sebabnya review dalam
Tripadvisor memang cemerlang. Hotel ni bukan sahaja mempunyai lokasi yang cantik - mengadap Staubachh Fall dan kawasan pergunungan, tapi staff hotel dia pun friendly dan banyak membantu.
|
depan Hotel Staubbach |
|
Hotel Staubbach |
Hotel ni memang mahal sikit untuk poket kami tapi kami rasa harga dia memang berbaloi-baloi dan kami tak menyesal duduk hotel ni.... Highly Recomended bak kata orang kampung aku !
Ok sambung cerita, lepas kami melalui proses check in yang sangat mudah, staf hotel memberi kami maps kawasan-kawasan menarik dan terangkan mengenai cara nak pergi ketempat-tempat tersebut. Kami juga diberi penerangan ringkas mengenai hotel dan kemudahan-kemudahan yang disediakan.
Kalau ikut plan kami, petang tu lepas check in, kami ingat nak berehat sahaja di bilik untuk simpan tenaga untuk perjalanan kami esok. Tapi bila kami keluar di balkoni bilik ....
|
Nampak tak air terjun kat belakang kami tu ? |
|
|
Air terjun yang boleh dilihat dari balkoni bilik kami tu ialah
Staubach Falls. Hotel ni mengambil nama air terjun ni sebab lokasinya yang berdekatan. Kami memang pilih bilik yang boleh view air terjun tu dari balkoni dan untuk itu kami kena bayor lebih sikit. Tapi pada kami amatlah berbaloi-baloi !
Bila dah tengok pemandangan yang awesome di balkoni, kami seolah-olah dapat "tenaga tambahan" untuk tengok air terjun tu dari jarak dekat.
Kami pun terus berjalan dari hotel ke Staubach Falls yang jaraknya dalam 200 meter. Semakin dekat perjalanan ke air terjun tu, kami mula terasa macam hujan gerimis mula turun...
|
On the way nak ke Staubbach Falls - streching kaki dulu....:) |
|
Sebenarnya "gerimis" yang kami rasa tu datangnya dari air terjun tu. |
|
Sebelum panjat air terjun , mari kita "minum dulu" |
|
Kami kena mendaki bukit untuk naik ke Staubbach Falls. |
|
Menikmati pemandangan di atas bukit menghala ke puncak air terjun sambil tarik nafas yang dah mula semput.... |
Sebelum sampai ke kawasan puncak, kami kena melalui terowong |
|
Dah menghampiri puncak. Kena naik tangga batu ...licin pulak tu |
Semakin tinggi nak ke puncak air terjun, tangga berbatu tu semakin licin dan agak berbahaya. Masa tu kami rasa puas dah sebab kami memang berada betul-betul dekat dengan air terjun tu yang "terjun" dekat dengan kami, so kami decide untuk turun ke bawah semula.
Bila dah sampai semula kat bawah, langit masih cerah lagi, so kami pun jalan-jalan ke pekan kecil Lauterbrunenn tu.
|
Staubbach Falls tu memang jelas kelihatan dari pekan Lauterbrunnen. |
|
antara kedai yang terdapat di pekan Lauterbrunnen |
|
Bergambar depan kedai jam . |
Swiss terkenal dengan jenama jamnya. Boleh dikatakan semua jenama jam-jam yang terkenal macam Rolex, Tissot, Tag Heur, Swatch, Rado dll.,,,semuanya datang dari Swiss. Cuba klik
sini untuk tengok senarai jenama-jenama jam terkenal dari Swiss. Masalah problemnya harga jam-jam tu amatlah "berbahaya untuk nelayan-nelayan" kecil macam aku. So dapat amik gambar pun dah kira oklah :)
|
Contoh swiss army knife. |
Selain dari jam, Swiss juga terkenal dengan
Swiss Army Knife. Swiss Army Knife ni pisau serbaguna. Aku kecik-kecik dulu panggil pisau
MacGyver . Ingat tak cerita tv MacGyver? Cerita tu merupakan tv program favorite aku masa tahun 80an dulu. Sebenarnya Mac Gyver pakai pisau Swiss Army Knife ni le. Sekali lagi"nelayan kecil" hanya mengambil gambar di kedai tersebut, lagipun kedai dah tutup kan....alasan :)
|
Tengoklah parit di sebelah kedai-kedai di Lauterbrunnen, air dia jernih gila! |
|
Stesen Minyak layan diri |
|
Kedai serbaguna coop. Barang-barang kat sini murah sikit berbanding kedai-kedai lain di Swiss. | | |
|
|
|
|
|
Photo favorite aku kat Lauterbrunnen. |
Bila dah habis pusing pekan kecil Lauterbrunnen, kami pun balik semula ke hotel. Perut pun dah start keroncong, so kami pun bawak bekalan makanan kami ke "picnic room" atau pun ruang makan yang dikhaskan untuk tetamu yang menginap di hotel Staubbach. Picnic room ni bukak 24 jam dan ada disediakan kemudahan-kemudahan seperti microvave, pinggan mangkuk, sinki dan dapur masak. Kami cuma kena bawa makanan sendiri je.
|
"special" menu kami - maggi big kari + Nasik Briyani Ayam Brahim's | |
|
having Maggi Big Kari at Swiss....couldn't be better |
Cantik betul pemandangan di sekitar Lauterbrunnen ni dan kami belum pun lagi naik kat tempat-tempat tarikan utama yang kami plan esok! Bila difikirkan balik, ada hikmah juga kami bersusah payah dan hilang setengah hari di Venice. Rupanya Allah nak bagi kami stay lebih lama di Swiss dan enjoy pemandangan yang lebih menarik - Tq Allah!
hi hairul..ape email u
ReplyDeletehairulov@gmail.com
ReplyDeletetq for sharing.. pergi jungfrau x?
ReplyDeletetq for sharing.. pergi jungfrau x?
ReplyDeleteSori
Delete...kami tak pegi Jungfraou ...sebab agak mahal bagi kami...dan review yg kami baca ...keadaan awam yg tebal selalu berlaku dan memandang diatas kdg2 tak clear
As salam tuan, sy nak berterima kasih pd tuan,.. sebab berdasarkan coretan journey tuan, sy guna utk ke sana tahun lepas.
ReplyDeleteSy dan wife dr Milano Centrale ke Spiez, tukar train, then ke Interlaken..tp kami naik last train mlm2 so sampai interlaken pukul 12 - 1 pagi..so train dah takde..nasib baik ada teksi kat situ dia boleh bawa ke lauterbrunnen. dia charge dlm EUR30..huhuhu..
Sama sama :) mana yg baik kita kongsi...saya pun baca tips org lain juga...
ReplyDelete