25 Mei 2014 (Ahad)
Hari ini bermulalah perjalanan kami ke Eropah ( UK-Italy-Swiss-Germany-UK). Flight kami MH 004 bertolak pukul 10.10 pagi dari KLIA ke London Heathrow. Kami dijangka sampai pukul 4.20 petang waktu London, UK iaitu lebih kurang 13 jam perjalanan - masak!
Untuk makluman, waktu UK 7 jam lewat dari waktu Malaysia.
Gambar selepas check in di KLIA |
Kapal terbang kami berlepas mengikut jadual dan kami pun meneruskan perjalanan kami ke London. Apa kami buat dalam flight selama 13 jam? - Makan, tido, nengok movie, sembahyang, toilet, makan, tido, nengok movie, toilet, makan tido makan tido. MAS ni memang gemilang bab-bab merosakkan berat badan unggul so body fat kami agak tak stabil masa ni dan tolong salahkan MAS ye :)
Set mentedarah MAS dlm flight kami - awesome! |
Tapi apa-apa pun MAS memang terbaek !
Alhamdulillah flight kami sampai mengikut jadual iaitu 4.20 petang hari yang sama ( 25 Mei) di London Heathrow. Kami pun beratur untuk border control (Imigresen UK) . Kali ini beratur agak panjang berbanding masa aku pergi tahun 2012. Mungkin musim menghampiri summer ni pelancong makin ramai ke UK , sebab tu line beratur pun panjang. Kami isi borang ringkas mengenai tujuan trip kami ke UK semasa berbaris.
gambor ni diambil dari pakcik google |
Pegawai Border Control UK memang efisyen dan friendly berbanding negara lain. Walaupun barisan panjang tetapi mereka cekap dan pantas. Mereka tanya secara profesional apa tujuan lawatan dan berapa lama di UK . Kami dah prepare dan jawap dan mereka pun senyum dan wish us happy trip. Awesome !
Kami takde apa yang nak declare di custom check so kami ikut line no items to declare dan terus ke balai ketibaan. Dibalai ketibaan, kawan aku yang berkerja dan menetap di London sambut kami dan bawa kami kerumahnya di Ealing, London.
Gambar kat rumah member di Ealing, London |
Malam tu kami dijamu makan oleh kawan kami yang sungguh budiman. Pastu sembang-sembang, rehat dan sebelum tido kami packing untuk travel kami esok.
Travel Eropah 2014 kami ni konsepnya backpacking travel . Kami bawa 4 beg iaitu 2 rolling beg dan dua backpack. 2 rolling beg tu kami tumpang rumah kawan kami di London . Sebabnya travel kami ke Italy-Swiss-Germany lebih kepada sightseeing dan shopping ala kadar je. Untuk tujuan shopping meyopping, kami rancang untuk melaksanakan aktiviti mengosongkan dompet itu masa hari terakhir kami nanti di London (5 June) sebelum balik ke Malaysia. Hebat tak perancangan strategik kami ...kuikuikui
Tujuan kami bawa dua je bagpack untuk travel Italy-Swiss-Germany sebab kami nak jimat kos bila naik flight. Natijahnya ( DBP mesti bangga aku guna ayat ni kan ) kalo kami tak check in bag, kos flight kami lebih jimat. Bag kami bawa sebagai Hand - Luggage sahaja. AWAS - pastikan saiz bag untuk hand luggage mengikut saiz yang ditetapkan airlines masing-masing. Kalau terlebih saiz diorang agak tegas dan suruh kita check in jugak. Walaupun masa dah suntuk mereka akan suruh naik flight seterusnya.So beware here.
Gambar backpack yang banyak berjasa kepada kami :-
Backpack aku yang boleh dibuka pasang jadi satu bag besar dan satu bag kecik |
Bila dah cantum dia jadi cenggini - cam transformer tuuu.... |
Backpack aku ni memang favorite aku bila travel oversea. Dia flexibel . Bila aku dah sampai destinasi aku akan cabut bag kecik tu untuk bawak jalan2 dan beg besar tinggal kat hotel. Bila nak pergi kedestinasi jauh yang seterusnya aku akan cantumkan dia balik dengan zipkan dia kat beg besar.
Yang kat bawah ni backpack ayu:-
backpack ayu saiz sederhana besar. |
Bagpack ayu saiznya sederhana besar sesuai untuk orang pompuan. Kalo bawak yang besar isi barang berat-berat sekali patah pinggang sape yang susah?...akuuuuuu jugak..kikiki
Sambal Belacan Adabi aka penyelamat dunia yang kat tengah - tengah tu ! |
Sambal Belacan Adabi tu walaupun bukanlah sedap macam sambal belacan original, tapi dapat jugaklah melepaskan rindu tekak Melayu kami. Ibarat kata-kata orang Kampung New Zealand, Pahang, "takde rotan, akar pun berguna yeop"- Awesome !
Untuk perjalanan hari kedua, boleh baca di next post yang akan dikarang dalam masa terdekat.....tungguuu !
No comments:
Post a Comment