Amaran dari pihak penaja - post ini ditulis dalam bahasa melayu moden ( melayu+rojak+pasembur +english)
Hari Kedua (26 Mei) : London - Rome
Hari kedua lepas sarapan di rumah kawan kami yang budiman, kami bergerak ke bandar London dengan menaiki Underground train dari stesen Hanger Lane yang terletak tak jauh dari rumah kawan. Aku terlupa untuk beli
Oyster Card jadi aku bayar harga point to point yang sebenarnya agak mahal. Sebenarnya kalau nak berjalan di London dengan underground train, overground train, National Rail train, bas, lebih mudah dan jimat guna kad ini sebab dia bagi special diskaun untuk majoriti transportation dan guna hanya satu kad sahaja. Tak payah kita buang masa beli tiket banyak kali setiap kali nak ke tempat lain.
Dari Hanger Lane kami menuju ke
London Victoria Station. Stesen ini adalah antara stesen keretapi utama di London selain daripada Waterloo, King's Cross, St Pancras dan beberapa stesen besar lain. Kami pilih ke London Victoria kerana kami nak simpan backpack kami di
Left Luggage yang terdapat di stesen ni. Left luggage hanya terdapat distesen2 besar sahaja dan bayaran dikenakan ikut jam. Satu lagi stesen ini ada perkhidmatan
Gatwick Express train ke
London Gatwick Airport dimana kami akan menaiki flight kami ke Rome yang akan bertolak pada pukul 5.40 petang.
|
Gambor depan Buckingham Palace |
|
Sebelum kami ke Gatwick Airport, kami berjalan-jalan disekitar London. Destinasi kami ialah
Buckingham Palace untuk melihat
Changing The Guard. Kami terlepas untuk ke Buckingham Palace pada tahun 2012 jadi kiranya macam nak bayar hutang la. Kami ke Buckingham Palace dengan menaiki underground train (tube) dan turun di Green Park. Dari stesen kami jalan kaki ke Buckingham Palace, kami tersalah jalan jugak tapi kami tanya orang dan mereka tunjuk arah ke Buckingham Palace. Lepas berjalan dalam beberapa ratus meter, kami terserempak dengan ramai pelancong-pelancong yang berjalan kaki dan kami percaya mereka mesti nak ke Buckingham Palace jugak so kami ikut diorang. Memang tepat, jika kita tersesat untuk pergi mana-mana tempat pelancongan menarik, tips yang biasa dibuat ialah bila kita nampak pelancong ramai2, ikut je mereka sebab biasanya mereka memang nak ke tempat yang sama.
|
Hujan renyai-renyai dan changing guard dibatalkan |