Sunday, June 15, 2014

Eropah, Mu Tunggu Aku Datang : Venice

Hari Kelima :  29 Mei (Khamis)

Berposing depan kedai souvenir
Hari ni bermulalah jalan-jalan kami satu hari solid di Venice - si Kota Romantika! Pagi-pagi lagi kami dah berbreakfast dengan bekalan yang kami bawa ( hotel kami tak sediakan breakfast) dan start keluar hotel dalam pukul 7 pagi. Venice ni salah satu tempat pelancong terkemuka didunia dan sangat ramai orang melawatnya setiap hari. Jadi kami decide utuk keluar awal-awal untuk beat the crowd.

Perancangan asal kami untuk "selongkar" Venice adalah dengan menaiki Vaporetto. Vaporetto ni adalah pengangkutan utama yang murah dan praktikal di Venice. Tapi apabila kami keluar dari hotel, kami tengok ramai yang berjalan kaki so kami pun cancel plan asal kami untuk naik Vaporetto. Lagipun kami ada lebih kurang satu hari setengah untuk explore Venice, so kami rasa elok kami take our time dan berjimat sikit.

Seperti yang semua sedia maklum, Venice adalah kota diatas air. Ia dikenali sebagai bandaraya air atau bandaraya  Jambatan-Jambatan. Menurut pakcik wiki - "Venice terdiri dari 117 pulau-pulau kecil yang dipisahkan oleh 150 buah terusan. Penduduk menyeberangi terusan-terusan ini melalui jambatan-jambatan yang kecil yang banyak terdapat disana. Mereka boleh juga  menaiki sejenis bot yang dipanggil gondola  melalui terusan-terusan ini untuk bergerak dari satu tempat ke satu tempat yang lain"


Salah satu jambatan  dari beratus-ratus jambatan di Venice...
Sewaktu kami keluar dari hotel, kami nampak ramai orang berjalan kaki pantas kearah  yang sama.
So kami guna taktik yang sama iaitu kami ikut crowd yang berjalan laju-laju kearah direction yang sama tu. Taktik kami sekali lagi tepat kerana rupanya semua crowd tu adalah pekerja-pekerja Venice yang datang awal pagi untuk buka kedai masing-masing. Mereka ni tinggal di mainland dan datang ke Venice awal pagi untuk bekerja di kedai kedai yang terletak dilokasi utama di Venice.

Destinasi kami adalah ke Piazza San. Marco, Walaupun kami berjalan agak jauh juga untuk kesana, tapi kami tak terasa penat sebab kami berjalan santai sambil menikmati pemandangan bangunan, jambatan-jambatan cantik dan terusan-terusan kecil.

Sepanjang perjalanan kami ke Piazza San Marco, kami melalui kedai-kedai seperti di bawah:-

antara kedai-kedai yang terdapat di Venice

Kedai mask yang merupakan antara trademark Venice

Jangan ingat jenama Bata tak glamer ye..ada kedai kat Venice lagi!
Jalan punya jalan. secara tak sengaja kami pun terjumpa "destinasi wajib" kami - Hard Rock Cafe Venice!

Depan HRC Venice.
Kami sampai HRC Venice dalam pukul 9.00 pagi dan kedai tak bukak lagi so kami proceed ke St. Marco. Dan dari HRC kami berjalan kaki dalam 5 minit dan sampailah ke Piazza St. Marco.

Piazza San Marco adalah antara dataran yang terkemuka di dunia. Napolean Bonarparte yang menakluk Venice pada tahun 1794 telah menggelar Venice sebagai "the drawing room of Europe".

Gambar wajib bersama burung-burung merpati kat Piazza St. Marco

Mana aci..aku pun nak jugak...

The  Campanile (bell tower)



Bergambar dengan artis jalanan lagi...

Bergambar dengan brader dari Malaysia.
Setiap kali berjalan-jalan kat Europe ni, mesti ada terserempak dengan orang Malaysia. Biasanya kami akan tegur antara satu sama lain atau paling tidak pun senyum. Kat Venice ni tak terkecuali, kami terserempak dengan seorang brader nie yang jalan-jalan dengan isteri dan kawan2 dia. Dia tegur kami dan siap bagi namecard lagi....rasanya dia nak promote business dia kot....kikiki....sampai kat Venice brader nie promosi bisnes dia...hebat brader ni.

Selfie
Anyway seronok dapat jumpa orang senegara kat luar negara, selain daripada jumpa brader tadi, kami perasaan ada group warga emas dari Malaysia yang berjalan ramai2. Gigih betul makcik2 ni berjalan. Rasanya ramai jugak yang dah berumur 60 tahun keatas. Hebat!

Satu lagi walapun orang-orang Malaysia nie muka nak serupa dengan orang serumpun dari Singapura, Indonesia dan Brunei tapi masih kami boleh bezakan ....peniaga-peniaga disekitar Europe nie pun biasanya dapat meneka pelancong dari Malaysia dengan tepat. Mungkin salah satu tanda adalah dari gaya tudung sebab orang Malaysia punya gaya tudung kan lain banding dari Indonesia, Brunei atau Singapore :)

Bergambar di lokasi ke-3 paling menarik di Venice - The Bridge of Sighs
Gambar kami diatas diambil di lokasi ketiga paling menarik di Venice iaitu The Bridge of Sighs Jambatan berbumbung ini dibina pada kurun ke-17. Terdapat dua teori mengenai fungsi jambatan ini, pertama ia merupakan jambatan terakhir yang perlu dilalui banduan sebelum menerima hukuman bunuh.

Satu teori lagi ialah kononnya pasangan yang bercinta kalau lalu dibawah jambatan ni dengan gondola kononnya akan kekal bahagia selamanya -  Karut :)

Gerai jual mask

Bila dah tengahari makin ramai ramai umat manusia...


Depan Gondola station
Siapa yang tak teringin nak naik gondola apabila sampai ke Venice... tapi kami dah sedia maklum kos untuk naik gondola ni mencecah €80.00  untuk 35 minit sahaja iaitu bersamaan  RM 350.00 jadi kami pun pikir 7-8 kali jua. Akhirnya kami decide untuk naik gondola pada  keesokan hari sahaja ....


Gondola yang telah banyak menggondolkan dompet pelancong-pelancong...


Lepas puas berjalan kat tempat-tempat tarikan utama di Venice, kami decide untuk singgah dikedai HRC dan Disney Store Venice untuk shopping.

Design-design baju kat HRC Venice ni unik sikit  berbanding HRC lain



 Gamber Disney Store Venice. Dari google
Dari HRC, kami menuju ke Disney Store Venice untuk salah satu lagi "misi utama" kami di Europe -  mendapatkan baju dan doll dua character utama Frozen - Anna dan Elsa !  Tidak lain tidak bukan, misi ini adalah untuk dua puteri kami  Balqis dan Fasha yang tiap2 hari fb kami tanya dah beli ke belum?

Kat kedai tu kami terus tanya mengenai doll Frozen dan petugas kedai tu bagitau stok doll Frozen dah habis dan besok stok baru akan sampai. Untuk makluman semua, Frozen ni kartun yang tengah top bagi budak2 perempuan umur bawah 12 tahun di serata dunia. Jadi baju dan doll dia memang  hot items sekarang ni. Store-store Disney satu dunia termasuk yang online banyak dapat complaint dari parents sebab tak dapat stok. So kami agak lega jugak bila dapat tau besok stok sampai sebab kami  plan akan datang awal-awal pagi sebelum kedai bukak untuk tunggu depan kedai Disney tu - ala-ala orang  Malaysia beratur dan jadi gelendangan untuk dapatkan latest design tudung Fareeda sampai sumpah keturunan pemilik Fareeda jadi pengemis jalanan tu!

Bila dah lewat tengahari, kami mula keletihan dan lapar so kami decide untuk balik  hotel, makan , solat dan berehat sebelum sambung balik berjalan. Sampai di hotel, kami pun makan bekalan yang kami bawak. Lepas solat kami pun letih dan tidur dulu. Berdasarkan pengalaman kami di Rome, balik ke hotel untuk tidur sekejap akan memberi kami lebih tenaga untuk sambung berjalan bila waktu petang. Lebih-lebih lagi di Europe sekarang waktu siang panjang dan Maghrib masuk dalam pukul 9 malam so kami rasa takde masalah kami rehat 2-3 jam dihotel waktu tengahari dan kemudian sambung jalan balik.

Berposing depan kedai souvenir
Petang tu dalam pukul 4.30 petang kami sambung jalan-jalan lagi. Kali ni kami berjalan ke arah yang bertentangan dari route pagi tadi untuk tengok tempat lain pulak. Sepanjang perjalanan tu kami singgah kedai-kesai souvenir dan beli beberapa souvenir Venice untuk kami, keluarga dan kawan-kawan.


Petang tu dalam pukul 6.30 petang kami decide untuk balik ke hotel. Kami cadang nak balik ke hotel dulu dan keluar waktu  malam tu untuk tengok  pemandangan Venice waktu malam!

Rupa-rupanya plan kami tu tinggal plan je,ini kerana  bila aku tengok phone aku, ada email baru dalam inbox dan aku  dikejutkan dengan e-mail dibawah !


Klik gambar untuk lebih jelas lagi...
Email ini datang dari easyjet - syarikat penerbangan tambang murah U.K. Apa kena mengena dengan kami?  sebenarnya kami telah menempah tiket kapal terbang dengan easyjet untuk ke Switzerland (Basel), esok petang dari lapangan terbang Venice Marco Polo. Dari Basel kami akan ke Lauterbrunnen melalui Interlaken. Ini merupakan tempat yang kami rasa paling menarik dan paling kami nak pergi dalam travel kali ni.

Tapi email easyjet ni memaklumkan bahawa flight kami ke Swiss esok telah dibatalkan kerana pekerja di lapangan terbang seluruh Italy telah melancarkan mogok!

Gambor demontrasi aman di atas diambil pada 27 Mei di sekitar Rome. Adakah ia ada kena mengena dengan mogok yang akan diadakan pada 30 Mei?
So macamane kami nak ke Swiss besok? Kami dah tempat hotel selama 2 malam di Swiss!  bolehke ke kami nak sampai Swiss ni?  Kalau tak burn la duit dan  plan kami bermalam 2 hari di Swiss - tempat yang paling kami nak pergi sekali --- adoooiiii !!!

Apa kami nak buat ni ?

Next posting la pulak ye....:)

No comments:

Post a Comment