Friday, June 27, 2014
Tuesday, June 17, 2014
Eropah, Mu Tunggu Aku Datang : Venice - Part 2
Hari Keenam : 30 Mei (Jumaat)
Bersambung dari part 1 Venice, kali ni kami nak kongsi cerita kami apabila dimaklumkan flight kami ke Swiss telah dibatalkan sebab mogok oleh pekerja airport seluruh Italy. Tak dapat nak dibayangkan perasaan kami masa tu. Macam-macam bermain dalam fikiran kami. Kami dah tempah penginapan selama dua malam disana, adakah kami akan terlepas trip ke Swiss? Perlu ke kami sambung stay di Venice selama 2 hari extra dan skip Swiss?
Aku dan Ayu berbincang dan kami decide kami mesti settlekan masalah ni hari ni juga. Jam dah dekat pukul 7 malam, kami terus naik bas ke airport Venice Marco Polo untuk cuba dapatkan penerbangan lain yang boleh ke Swiss esok atau malam ini juga!

Sunday, June 15, 2014
Eropah, Mu Tunggu Aku Datang : Venice
Hari Kelima : 29 Mei (Khamis)
Hari ni bermulalah jalan-jalan kami satu hari solid di Venice - si Kota Romantika! Pagi-pagi lagi kami dah berbreakfast dengan bekalan yang kami bawa ( hotel kami tak sediakan breakfast) dan start keluar hotel dalam pukul 7 pagi. Venice ni salah satu tempat pelancong terkemuka didunia dan sangat ramai orang melawatnya setiap hari. Jadi kami decide utuk keluar awal-awal untuk beat the crowd.
Perancangan asal kami untuk "selongkar" Venice adalah dengan menaiki Vaporetto. Vaporetto ni adalah pengangkutan utama yang murah dan praktikal di Venice. Tapi apabila kami keluar dari hotel, kami tengok ramai yang berjalan kaki so kami pun cancel plan asal kami untuk naik Vaporetto. Lagipun kami ada lebih kurang satu hari setengah untuk explore Venice, so kami rasa elok kami take our time dan berjimat sikit.
Seperti yang semua sedia maklum, Venice adalah kota diatas air. Ia dikenali sebagai bandaraya air atau bandaraya Jambatan-Jambatan. Menurut pakcik wiki - "Venice terdiri dari 117 pulau-pulau kecil yang dipisahkan oleh 150 buah terusan. Penduduk menyeberangi terusan-terusan ini melalui jambatan-jambatan yang kecil yang banyak terdapat disana. Mereka boleh juga menaiki sejenis bot yang dipanggil gondola melalui terusan-terusan ini untuk bergerak dari satu tempat ke satu tempat yang lain"
Berposing depan kedai souvenir |

Wednesday, June 11, 2014
Eropah, Mu Tunggu Aku Datang : Amazing Race : Rome - Pisa - Venice !
Hari Keempat : 28 Mei (Rabu)
Hari ni kami bertolak ke Pisa dan Venice. Sebelum ke Venice kami bercadang untuk melawat Menara Condong Pisa (Leaning Tower of Pisa). Pada mulanya hasil dari recommendation kawan-kawan, mereka suruh
kami singgah Florence yang cantik tu tapi pikir punya pikir aku risau jugak
kalau sampai Venice lewat malam dan tak boleh check-in hotel so aku tak plan
singgah Florence.
Roma Termini - Stesen Pengangkutan Awam Utama Rome |
Tuesday, June 10, 2014
Eropah, Mu Tunggu Aku Datang : Rome
Hari Ketiga : 27 Mei (Selasa)
Hari ni adalah hari pertama yang kita orang betul-betul berjalan. Pagi-pagi lagi kami dah bangun untuk sarapan dan bersedia untuk "selongkar" Rome!
Lepas sarapan, kami pun berjalan ke Roma Termini untuk
beli tiket train Metro. Kami beli di mesin automatik yg banyak terdapat
disana. AWAS: Dekat Rome ni penyeluk saku ramai dan ramai yang suka amik kesempatan kat
pelancong dan nak easy money. Masa guna mesin automatik tu akan ada
orang2 yang offer nak tolong cara gunakan mesin tu. Nasihat aku tolak cara baik
dengan kata no thanks.Ini kerana kalau kita terima dia akan ajar dan
pastu dia mintak duit. Rasanya kalau sesiapa yang lahir setelah Parameswara jumpa Melaka pun InshaAllah boleh guna
sendiri sebab dia ada instruction in English. Mungkin first time kita
kalut sikit tapi bila 2-3 kali dia akan jadi senang - semudah ABC!
Hari ni adalah hari pertama yang kita orang betul-betul berjalan. Pagi-pagi lagi kami dah bangun untuk sarapan dan bersedia untuk "selongkar" Rome!
Nak berjalan kena makan cukup-cukup dulu, banyak nak pakai tenaga nanti! |
Mesin tiket automatik di Roma Termini |
Sunday, June 8, 2014
Eropah, Mu Tunggu Aku Datang! : London - Rome
Amaran dari pihak penaja - post ini ditulis dalam bahasa melayu moden ( melayu+rojak+pasembur +english)
Hari Kedua (26 Mei) : London - Rome
Hari kedua lepas sarapan di rumah kawan kami yang budiman, kami bergerak ke bandar London dengan menaiki Underground train dari stesen Hanger Lane yang terletak tak jauh dari rumah kawan. Aku terlupa untuk beli Oyster Card jadi aku bayar harga point to point yang sebenarnya agak mahal. Sebenarnya kalau nak berjalan di London dengan underground train, overground train, National Rail train, bas, lebih mudah dan jimat guna kad ini sebab dia bagi special diskaun untuk majoriti transportation dan guna hanya satu kad sahaja. Tak payah kita buang masa beli tiket banyak kali setiap kali nak ke tempat lain.
Dari Hanger Lane kami menuju ke London Victoria Station. Stesen ini adalah antara stesen keretapi utama di London selain daripada Waterloo, King's Cross, St Pancras dan beberapa stesen besar lain. Kami pilih ke London Victoria kerana kami nak simpan backpack kami di Left Luggage yang terdapat di stesen ni. Left luggage hanya terdapat distesen2 besar sahaja dan bayaran dikenakan ikut jam. Satu lagi stesen ini ada perkhidmatan Gatwick Express train ke London Gatwick Airport dimana kami akan menaiki flight kami ke Rome yang akan bertolak pada pukul 5.40 petang.
Sebelum kami ke Gatwick Airport, kami berjalan-jalan disekitar London. Destinasi kami ialah Buckingham Palace untuk melihat Changing The Guard. Kami terlepas untuk ke Buckingham Palace pada tahun 2012 jadi kiranya macam nak bayar hutang la. Kami ke Buckingham Palace dengan menaiki underground train (tube) dan turun di Green Park. Dari stesen kami jalan kaki ke Buckingham Palace, kami tersalah jalan jugak tapi kami tanya orang dan mereka tunjuk arah ke Buckingham Palace. Lepas berjalan dalam beberapa ratus meter, kami terserempak dengan ramai pelancong-pelancong yang berjalan kaki dan kami percaya mereka mesti nak ke Buckingham Palace jugak so kami ikut diorang. Memang tepat, jika kita tersesat untuk pergi mana-mana tempat pelancongan menarik, tips yang biasa dibuat ialah bila kita nampak pelancong ramai2, ikut je mereka sebab biasanya mereka memang nak ke tempat yang sama.
Hari Kedua (26 Mei) : London - Rome
Dari Hanger Lane kami menuju ke London Victoria Station. Stesen ini adalah antara stesen keretapi utama di London selain daripada Waterloo, King's Cross, St Pancras dan beberapa stesen besar lain. Kami pilih ke London Victoria kerana kami nak simpan backpack kami di Left Luggage yang terdapat di stesen ni. Left luggage hanya terdapat distesen2 besar sahaja dan bayaran dikenakan ikut jam. Satu lagi stesen ini ada perkhidmatan Gatwick Express train ke London Gatwick Airport dimana kami akan menaiki flight kami ke Rome yang akan bertolak pada pukul 5.40 petang.
Gambor depan Buckingham Palace |
Hujan renyai-renyai dan changing guard dibatalkan |
Eropah, Mu Tunggu Aku Datang !
Amaran dari pihak penaja - post ini ditulis dalam bahasa melayu moden ( melayu+rojak+pasembur +english)
25 Mei 2014 (Ahad)
Hari ini bermulalah perjalanan kami ke Eropah ( UK-Italy-Swiss-Germany-UK). Flight kami MH 004 bertolak pukul 10.10 pagi dari KLIA ke London Heathrow. Kami dijangka sampai pukul 4.20 petang waktu London, UK iaitu lebih kurang 13 jam perjalanan - masak!
Untuk makluman, waktu UK 7 jam lewat dari waktu Malaysia.
Kami bertolak dari rumah pukul 7.00 pagi dengan menaiki teksi. Aku tempah teksi dengan menelepon radio teksi Putrajaya. Kami sampai KLIA dalam 7.30 pagi dan terus check in. Selepas check in, kami ke food garden aras 2 di KLIA dan bedal masakan-masakan Melayu puas-puas sebab lepas ni mesti susahnya nak jumpa makanan Melayu masa perjalanan kami ke Eropah. Siapa kata Melayu Mudah Lupa ? :)
25 Mei 2014 (Ahad)
Hari ini bermulalah perjalanan kami ke Eropah ( UK-Italy-Swiss-Germany-UK). Flight kami MH 004 bertolak pukul 10.10 pagi dari KLIA ke London Heathrow. Kami dijangka sampai pukul 4.20 petang waktu London, UK iaitu lebih kurang 13 jam perjalanan - masak!
Untuk makluman, waktu UK 7 jam lewat dari waktu Malaysia.
Gambar selepas check in di KLIA |
Saturday, June 7, 2014
Travelog Eropah 2014
Ini merupakan kali kedua kami ke Eropah. Yang pertama tahun 2012 , masa tu aku berkursus dua minggu di Sutton, London UK dan aku sambung cuti seminggu lagi bersama Ayu yang datang selepas aku tamat kursus pada penghujung minggu kedua.
Masa tu kami pergi ke dua negara sahaja iaitu UK (London, Bicester Village dan Oxford) dan France (Paris). Perjalanan kami kesana belum lagi selesai diblogkan tapi kami nak blog yang terbaru ( 2014) sebab masih fresh lagi diingatan.

Selamat Datang !
Selamat datang ke travel blog/ travelog kami (Hairul & Ayu and our Family).
Tujuan blog ini ditubuhkan adalah untuk merekodkan pengalaman/ gambar travel kami dan untuk berkongsi pengalaman/pandangan dengan sesiapa yang berminat.
Bukan tujuan kami untuk menunjuk-nunjuk tapi lebih kepada ingin berkongsi pengalaman dengan rakan-rakan atau sesiapa yang berminat. Ini kerana kami juga menggunakan kaedah yang sama iaitu merujuk blog-blog orang lain sebagai panduan peraancangan kami.
Blog ini sesuai dibaca terutama sekali kepada yang baru pertama kali melancong ke Eropah ataupun kepaada yang belumpernah pergi ke tempat yang kami lawati.
Bagi sesiapa yang lebih expert dari kami, x perlulah baca blog ni sebab kami ni masih amatur lagi:)
Kaedah travel kami mungkin bukan yang terbaik tapi kami rasa boleh dijadikan panduan dalam merancang perjalanan masing-masing kerana setiap orang ada perbezaan citarasa/bajet/masa.
Enjoy.

Subscribe to:
Posts (Atom)