Wednesday, June 11, 2014

Eropah, Mu Tunggu Aku Datang : Amazing Race : Rome - Pisa - Venice !

Hari Keempat : 28 Mei (Rabu)

Roma Termini - Stesen Pengangkutan Awam Utama Rome
Hari ni kami  bertolak ke Pisa dan Venice. Sebelum ke Venice kami bercadang untuk melawat Menara Condong Pisa (Leaning Tower of Pisa). Pada mulanya hasil dari recommendation kawan-kawan, mereka suruh kami singgah Florence yang cantik tu tapi pikir punya pikir aku risau jugak kalau sampai Venice lewat malam dan tak boleh check-in hotel so aku tak plan singgah Florence.

Perjalanan dari Rome ke Pisa mengambil masa 3 jam. Kami plan hanya nak berada sekejap sahaja di Pisa , tak lebih sejam sebab berdasarkan nasihat kawan-kawan – takde apa yang menarik di Pisa selain amik gambar menara condong tu je. Of course kalau dapat naik menara condong tu lagi best tapi kami nak jimat kos dan masa kerana nak naik tu kerana beratur panjang juga dan akan mengambil masa yang lama.  Ini kerana selepas Pisa kami akan ke Venice untuk bermalam disana selama 2 hari. Perjalanan dari Pisa ke Venice melalui Florence mengambil masa 3 jam  so kami tak nak sampai lewat malam, takut-takut tak boleh check in sebab reception hotel tutup.
Kami bertolak dari Roma Termini pukul 9.57 pagi dengan menaiki Trenitali Intercity Train dan dijangka sampai ke Pisa Centrale ( stesen keretapi utama Pisa) pada pukul 1.00 petang. Tiket  train ni aku dah beli online dari Malaysia lagi so aku dah print  dan x payah nak validate. Aku Cuma bawak kertas tu ( kalau canggih lagi save kat smartphone) dan tunjukkan pada pegawai train yang bertugas- ala-ala macam konduktor bas tu. 

Mula2 tu aku risau juga kalau-kalau dia nak tengok tiket sebenar sebab ini first time aku beli ticket train online . Tak lama lepas keretapi bertolak,  konduktor dia datang dan mintak tiket, aku bagi  print out aku tu dan dia check dengan device dia yang macam smartphone dan dia kata ok tanpa banyak soal.  Lepas tu aku dengan Ayu barulah boleh duduk selesa sikit sambil menikmati pemandangan sepanjang perjalanan ke Pisa Centrale.
Perjalanan dari Rome ke Pisa dengan train.
Perjalanan naik keretapi ni agak meletihkan jugak. Ayu tak biasa duduk dalam kearah kebelakang sebab rasa pening so bila ada kerusi kosong dia duduk kat kerusi yang mengikut arah perjalanan train.  Aku pulak dah biasakan duduk lawan arah perjalanan so aku tak kisah sangat. Kami dah berapa kali bangun tido bangun tido dan akhirnya pada pukul 1.00 petang iaitu  selepas 3 jam perjalanan sampailah kami ke Pisa Centrale. 

 Sampai ke Pisa Centrale kami singgah ke toilet dulu dan lepas tu kami tinggalkan bag kat left luggage. Kami tak nak pikul bag berat untuk ke Menara Pisa tu sebab nanti kami akan kembali ke Pisa Centrale untuk naik train pukul 3.54 petang untuk menuju ke Venice.  Ini bermakna kami ada lebih kurang  3 jam untuk melawat menara Pisa. So far so good eh...tungguuu....



Sebelum ke menara Pisa, kami cuba carik kedai kebab berdekatan stesen Pisa Centrale tu. Melalui kajian kami melalui internet, ada terdapat beberapa kedai makanan halal berdekat Pisa Centrale so kami pun cuba lah cari. Memang betul, tak jauh dari stesen tu dalam 50 meter je ada satu kedai Kebab, kami berjalan ke kedai tu. Tapi bila kami dah dekat dengan kedai tu, timbul kemusykilan pulak, sebab kedai tu macam kosong dan pekerja dia tak nampak macam Muslim. Timbul perasaan  was was  dan kami decide untuk cari kedai lain . Alhamdulillah tak jauh dari kedai tu dalam 30 meter je kami jumpa satu lagi kedai Kebab dan bila kami masuk ada tulis halal.  Pekerja-pekerja kedai pun  nampak macam Muslim ( Pakistan dan Afganistan) dan di kedai ada tulisan ayat-ayat Al-Quran. 

Satu lagi yang kami confident ialah pelanggan dia yang sedang makan dan bercakap dalam bahasa Arab.  Kami pun apa lagi terus order kebab sorang satu dan bedal. Kebab yang kami makan ni daging dia lagi sedap dari kedai di Roma Termini dan yang menambahkan sedapnya lagi sebab dia ada sos cili pedas – wawawiiii …..mamma mia!

Selesai makan, kami pun kembali ke stesen untuk beli tiket bas ke menara Pisa. Menara Pisa ni terletak kira-kira 11 minit perjalanan kalau naik bas dan 22 minit ( 1.8 km) kalau berjalan kaki. Kami decide untuk naik bas sahaja sebab cepat sikit. Selepas tanya orang kami pun beli tiket dan naiklah bas .
 
Kalau mengikut perancangan kami, kami akan meluangkan masa dsekitar Menara Condong Pisa ni tak lebih satu jam, sebab kami dah beli tiket train dari Pisa  ke Venice  ( transit di Florence) yang akan bertolak pukul 3.54 petang. Sesungguhnya kita hanya merancang dan Allah yang menentukan. Sesuatu yang tak dirancang berlaku semasa perjalanan kami dari Pisa Centrale ke Menara Condong Pisa. Kami TERLEPAS stop yang sepatutnya !!!!
Kesilapan kami ialah kami tak tanya kat hentian mana patut kami turun sebab kami jangka mesti kami boleh nampak dari bas menara condong tu dan stop kat hentian yang sepatutnya. Rupa-rupanya kami dah terlepas stop yang sepatutnya sebab dari bas tak berapa nampak menara condong tu. So perancangan kami dah jadi haywire. Kami tanya orang dalam bas dan dia kata bas akan pergi tempat lain dulu dan akan kembali ke Menara Condong dalam 30 minit lagi! Selepas bas tawaf tempat lain dan kembali ke Menara Pisa, kami turun cepat-cepat di hentian yang sepatutnya. Jam masa tu lebih kurang 2.50 petang dan kami ada masa lebih kurang 1 jam untuk amik gambar cepat-cepat dan terus ke Stesen keretapi untuk naik train ke Venice.

Disinilah ujian hebat pertama kami dalam Travel ni, nak jadikan cerita, dari hentian bas , kami perlu berjalan dalam 800 meter nak ke Menara Pisa, kami pun apa lagi, berlari kesana. On the way kesana, kami kena stop pulak sebab kena lintas laluan keretapi dan laluan tu ditutup beberapa minit sebab nak bagi train lalu  - Perfecto!

 Lepas train dah lalu je kami berlari laju-laju sampai tercungap-cungap dan amik gambar cepat-cepat. Kalau korang tengok gambar kami tu, muka memang tak berapa nak feel sebab masing-masing tercunggap dan amik gambar untuk "cukupkan syarat" je.

Tak larat nak posing tahan Tower sebab dan tercunggap-cunggap!
Lepas snap  3-4 gambar kami terus lari kat tempat teksi. Kami tak sempat pun beli souvenir Menara Pisa walaupun kedai souvenir depan mata. Ini kerana kami takut tertinggal train pukul 3.54 petang. Teksi bermeter sampai dalam 10 minit dan terus kami naik dan menuju ke stesen. Kami serik naik bas lagi.
Gambar ni diambik kat tempat menunggu teksi - tak pernah dibuat orang !
Alhamdulillah walaupun berbelanja lebih sikit naik teksi, kami sempat sampai stesen dalam 3.30 petang. Sempat kami amik backpack kami di left luggage ,minum dan bernafassss....puhhhhh...betul-betul macam Amazing Race !

Bernafas dalam lumpur!
Alhamdulillah, kami sempat naik train 3.54 petang ke Florence.  Dalam train tu kami memang dah letih gila tapi kami tahan je sebab takut tertidur dan terlepas stop kat Florence.  Alhamdulillah kami manage to stay alert dan  sampai di Firenza S.M Novella ( stesen keretapi Florence) pukul 5.07 petang dan kami turun pulak untuk transit naik train lain ke Venice yang bertolak pukul 5.30 petang.

Muka penat di Stesen Venizia Santa Lucia.
Bila dah naik train dari Florence ke Venice tu barulah kami lega sikit sebab hentian di stesen Venice tu  ( Venezia Santa Lucia) merupakan stop terakhir so kalau kami tertidur pun tak pe :)

Sampai di Venice, hujan renyai - renyai menyambut kedatangan kami, nasib baik aku dah booking hotel yang terletak kira-kira 450 meter dari stesen. Kat luar stesen, Bangla ramai jual payung 5 Euro aku pun beli satu dan jalan ke hotel. 

Inilah gambar Hotel kami di Venice
Alhamdulillah kami sampai Hotel tanpa masalah dan lekas-lekas check in dah berehat. Fuuuhhhhh...ibarat orang Jawa kata - what a day!

Posting mengenai Venice akan menyusul - tunguuuuuu

No comments:

Post a Comment