Tuesday, June 10, 2014

Eropah, Mu Tunggu Aku Datang : Rome

Hari Ketiga : 27 Mei (Selasa)



Hari ni adalah hari pertama yang kita orang betul-betul berjalan. Pagi-pagi lagi kami dah bangun untuk sarapan dan bersedia untuk "selongkar" Rome!

Nak berjalan kena makan cukup-cukup dulu, banyak nak pakai tenaga nanti!
Lepas sarapan, kami pun berjalan ke Roma Termini untuk beli tiket train Metro. Kami beli di mesin automatik yg banyak terdapat disana. AWAS: Dekat Rome ni penyeluk saku ramai dan ramai yang suka amik kesempatan kat pelancong dan nak easy money. Masa guna mesin automatik tu akan ada orang2 yang offer nak tolong cara gunakan mesin tu. Nasihat aku tolak cara baik dengan kata no thanks.Ini kerana kalau kita terima dia akan ajar  dan pastu dia mintak duit. Rasanya kalau sesiapa yang lahir setelah Parameswara  jumpa Melaka pun  InshaAllah  boleh guna sendiri sebab dia ada instruction in English. Mungkin first time kita kalut sikit tapi bila 2-3 kali dia akan jadi senang - semudah ABC!

Mesin tiket automatik di Roma Termini

Memandangkan kami hanya akan berjalan-jalan di Rome selama 1 hari je so kita orang beli day ticket . Dengan day ticket ni kami boleh jalan-jalan satu Rome dengan menggunakan public transport seperti Metro, Train,  bus sehingga tengah malam bermula dari kami validate ticket tu. Jangan lupa ye validate ticket kat mesin khas sebelum guna ticket.

1. Colosseum

Ok destinasi pertama kami ialah Colosseum atau Colosseo dalam Italian. Colosseum ni macam stadium zaman purba yang dibina kira-kira 2000 tahun dahulu oleh kerajaan Rome untuk pertandingan gaduh-gaduh antara manusia dengan manusia dan juga manusia dengan binatang ( singa , rimau, panda ---kikiki) - ala macam cerita Gladiator tu....

2. Roman Forum

Pastu kitaorg melawat Roman Forum yang terletak bersebelahan sahaja dengan Colosseum. Roman Forum adalah tapak bangunan Kerajaan Rome lama yang telah dibina lebih 2000 tahun dahulu. Walaupun kebanyakan struktur utama telah runtuh,  tapi masih jelas kelihatan struktur-struktur bangunannya.

Tapak tinggalan binaan di Roman Forum

Ni pun sama
Di Roman Forum kami terserempak dengan persembahan jalanan seperti gambar di bawah. Persembahan jalanan macam ni memang banyak  ditempat-tempat pelancongan terkenal di Eropah yang kami lawati. Mereka ni bukan mintak sedekah tapi terpulang pada kita nak bagi duit atau tak, berapa nilai pun tak kisah. Memandangkan aku nak amik gambar dengan dia, aku bagilah jugak duit sikit dan letak dalam bekas yang dia letak dihadapan.

Mana lagi hebat? yang sebelah kiri atau sebelah kanan?
Berbalik pada magic trick di atas, yang buat show ni  aku rasa orang Bangladesh, sebab memang banyak Bangla kat Rome ni terutama sekali jual souvenir. Kalau sekali tengok dia ni macam terapung hanya dengan menggunakan satu tongkat kat tangan kanan dia kan? Pelik? Takde magic disini, aku dah tau teknik yang dia gunakan dah pernah tertengok dalam youtube. Macamane diorang buat? korang search lah sendiri dalam youtube ye  :)

Kedai-kedai souvenir bersepah-sepah kat area Colesseum dan Roman Forum. Kebanyakan dijual oleh orang Bangladesh dan India.

3. Altare della Patria

Di sebelah Roman Forum pulak terletak monumen yang dikenali sebagai Altare della Patria. Monumen ni agak besar juga tetapi bukanlah purba sangat sebab dia hanya  mula dibina pada 1911. Berbanding bangunan-bangunan bersejarah lain di Rome yang dibina beratus malah ada yang beribu-ribu tahun dulu. Kami lawat bangunan ni sebab kebetulan dekat dengan Roman Forum .



Waktu dah masuk tengahari dan kami mula rasa lapar dan penat sikit. Masih terdapat beberapa tempat yang kami nak pergi tapi kami decide untuk balik ke Roma Termini dan  penginapan kami dulu untuk "recharge batery" kami. Yelah, kami ni bukan muda sangat pun, kalau overpush jalan - jalan nanti sakit rugilah..banyak tempat tak pergi lagi :)
 
Tengah order kebab Turki dekat kedai kebab berdekatan Roma Termini
Kami makan tengahari kat Kedai Kebab Turki dekat dengan Roma Termini. Kebab kat Europe ni banyak dijual oleh orang-orang Turki, Arab dan Pakistan. Saiz dia memang semua "XXL". Kalau nak banding dengan saiz kebab kat pasar malam kat Malaysia, saiz dia lebih kurang 4 kali ganda lebih besar. Kitaorang selalu x boleh habis dan akan tapau untuk makan kemudian.  Sebenarnya satu kebab pun aku rasa dah cukup  kalau nak berkongsi berdua tapi kami nak variety sikit so order jugak lah dua jenis. Harga dia pun takdelah mahal sangat, dalam 4-9 Euro, tapi kalau korang convert ke RM memang boleh demam dibuatnya....:)

Kebab yang kami makan

Istanbul - itulah nama kedai kebab kat Roma Termini  yang kami pi makan tengahri tu
Lepas makan, kami balik ke penginapan untuk sembahyang dan berehat sekejap. Inilah kelebihannya bila penginapan kami berdekatan dengan Roma Termini.  Senang kita nak patah balik ke penginapan jika nak berehat atau nak ambil barang.

Oh satu lagi kelebihan kami berjalan di Europe pada bulan Mei-Jun ni ialah sebab sekarang musim spring dimana siang lagi panjang dari malam. Pukul 5 pagi dah cerah dan pukul 9.00 malam baru maghrib dan gelap. So kami ada banyak masa dan berjalan sebab waktu siang panjang. Cuma kedai-kedai kebanyakan tutup awal lah sekitar pukul 5 petang.


Ok sambung balik berjalan, dalam pukul 2 petang kami ke Hard Rock Cafe (HRC) Rome. HRC ni adalah destinasi wajib kami kalau melancong. Kami memang kumpul baju-baju dan souveniur HRC. Ironinya HRC kat Malaysia yang tercinta satu pun kami tak pergi lagi,,,, kikiki


HRC di Rome ni terletak dikawasan  kedutaan negara-negara asing. Dari Roma Termini, kami naik Metro Line 1 dan turun di stesen Barberini. Pastu kami berjalan dalam 300 meter sepanjang jalan Via Veneto.


Selepas ke HRC, kami berjalan kaki ke area stesen Metro Barberini tadi. Tujuannya adalah untuk naik bas untuk ke Pantheon dan Piazza Navona. Kami pun naiklah bas 53 sepertimana yang kami baca dalam internet. Bila dah naik bas tu kami mula rasa yang bas ni dah pergi arah lain. Rupanya kami ternaik bas yang baru lepas lalu Pantheon dan dia nak "tawaf" jauh dulu sebelum balik ke Pantheon semula. Nombor bas dah betul tapi arah salah!  Kami dapat tahu bila kami tanya orang dalam bas dan dia nasihat supaya kami turun dan naik bas lain.

Pengajaran kat sini jangan ikut arahan dalam internet bulat-bulat mahupun lonjong-lonjong. Elok tanya dulu dengan orang tempatan ataupun lebih baik kalau ada double check dengan info center atau orang awam sebelum kita naik bas atau apa-apa pengangkutan awam.

Lepas dah salah bas tu kami turun dan kami naik bas lain yang menuju ke area berdekatan Pantheon. Kali ni kami tanya orang dalam bas kat mana nak turun. Walaupun orang yang kami tanya tu tak tau cakap English, tapi kami boleh faham arahan dia walaupun kami bercakap macam ayam dengan itik jadinya.  Pengajaran kat sini - malu bertanya sesat jalan... dan....salah bas!

Setelah turun kat hentian bas Corso, kami berjalan kaki dalam 300 meter dan sampai ke Pantheon.

Pantheon

Diluar Pantheon
Pantheon ni adalah satu lagi bangunan purba yang dibina kira-kira 2000 tahun dulu dan masih elok dijaga dan masih mengekalkan identiti asal bangunannya. Struktur yang paling menarik adalah kubahnya. Walaupun kubah tersebut dibina lebih 2000 tahun dulu, tetapi ia masih memegang rekod sebagai kubah terbesar didunia tanpa konkrit pengukuh (reinforce concrete).

Nampak tak kubah kat atas tu? Sorilah gambar amatur ..kalo nak tengok gambar penuh adalah mcm kat bawah...
Pantheon Dome - gambor dari google image

Piazza Navona

Lepas ke Pantheon, kami ke Piazza Navona yang jaraknya tak jauh sangat dari Pantheon. Lebih kurang 200 meter jalan kaki. Piazza Navona adalah satu kawasan dataran yang dibina kira-kira 2000 tahun dulu. Kat sini ada beberapa  fountain ( air pancut) yan menarik. Kawasan ni juga tempat orang lepak-lepak.

depan Fountain of the Four Rivers

Kat Fontana del Moro

Gambar kat atas adalah satu lagi air pancut kat Piazza Navona yang dikenali sebagai Fonta del Moro.  Kat air pancut ni ada patung orang kat tengahnya dikelilingi 4 orang dan mereka ni bergaduh dengan patung-patung dolphin. Nak tahu cerita sebenar bacalah kat wikipedia ye...dan satu lagi diorang ni tak tahu nak pakai seluar ....kikikiki :)

Kat Piazza Navona ni kami terjumpa seorang lagi persembahan jalanan. Kali ni orang "tanpa kepala" (gambar bawah)

Mana kepala dia?

Dari Piazza Navona, kami patah balik dan berjalan kaki lebih kurang 700 meter ke Trevi Fountain. On the way tu kami singgah makan "gelato. Gelato tu maksudnya  aiskrim dan gelato tu memang sedap!

sedap betul :gelato"  ni!

Dari kedai gelato tu kami teruskan perjalanan ke satu lagi tempat wajib pergi di Rome iaitu - Trevi Fountain!

Trevi Fountain

 Trevi Fountain atau Treve de Fontana dalam bahasa Italy adalah kawasan air pancut yang paling cantik dan famous di Rome!

Trevi Fountain
 Masa duduk menikmati keindahan trevi fountain, satu eksiden berlaku pada aku - kaki aku cramp! kikiki...tulah berjalan tak ingat dunia sampai kaki cramp..nasib baik aku sempat cop tempat duduk sebab tempat ni memang penuh dengan manusia.

Muka ketat sebab betis cramp!
Bagi menghilangkan kekejang kaki aku tu, aku urut-urut dan sapu dengan balsemlang - adik beradik tiger balm. Memang tiger balm ni aku bawak sebab tahu kitaorang akan banyak berjalan dan kaki mesti "terkejut" punya. Handyplast pun aku bawak takut melecet seperti yang berlaku masa aku travel ke Paris dua tahun lepas. Ini semua sebab banyak berjalan - "painful pleasure" bak kato orang Minang!

Balsem Lang (kiri) yang dah sampai ke Rome dan berjasa kepada aku. Sebelah dia tu handyplast.
Hari pun dah lewat petang, kami pun dah penat so kami pun balik ke penginapan. Walaupun mengikut review yang kami baca bahawa Trevi Fountain ni lagi cantik pada waktu malam tapi kami decide untuk tidak berada diluar pada waktu malam atas faktor keselamatan. Walaupun dalam hati yakin takde apa yang berlaku tapi kami amik langkah berjaga-jaga. Lagipun kami dah puas dan penat berjalan. Besok nak jalan jauh ke Pisa dan Venice, so eloklah balik untuk recharge battery, solat , packing barang2 dan yang penting - update facebook!  :)

apa maksud signage "uscita" yang kat atas kepala aku tu?
 Ok kalau korang tengok gambar aku kat atas, itu adalah gambar aku dalam platform metro train di salah satu platfrom metro di Rome.  Kat atas kepala aku tu ada perkataan uscita? apa maksudnya? uscita itu adalah perkataan itali yang bermaksud keluar (exit). Benda ni nampak remeh tapi kalau korang x faham korang boleh sesat dan amik masa lama hanya untuk keluar dari stesen bawah tanah ni :) Kalau kat France perkataan dia sortie, kalau kat negara lain? nanti aku cerita ye :)

Ok dari Trevi Foutain, kami berjalan kaki lebih kurang 500 meter ke stesen Metro Barberini untuk pulang ke Roma Termini dan ke penginapan. Bila dah sampai penginapan, aku pun wassap member aku kat UK  yang kirim baju HRC.  Rupa-rupanya kami dah tersalah dengar, ingatkan dia nak saiz XL, rupanya L. Tengok  jam dah pukul 7 lebih. Kalo aku pergi HRC esok mesti kelam kabut  sebab esok kami nak ke Pisa dan Venice yang total masa masa perjalanan dalam 9 jam! Desicion making! desicion making !

Pastu aku teringat yang Europe kan siang panjang, maghrib pun pukul 9 malam so masih cerah lagi. HRC pun tutup lambat so aku tanpa buang masa pergi sorang ke HRC dengan Metro. Nak ke HRC ni aku cuma ambik masa 10 minit je dari Roma Termini ke stesen Barberini pastu jalan kaki dlm 300 meter dah sampai HRC. Aku bawak resit pembelian dan tukar saiz L tanpa sebarang masalah. Lepas tu aku patah balik ke penginapan  tanpa singgah kemana-mana lagi dan sampai sebelum malam. Alhamdulillah.

Malam tu kami berehat je di penginapan  sambil minum capucino, cafe latte dan ratah Nutela yg disediakan di penginapan kami FOC...Tapi macam ada kekurangan plak so kami bedal sebungkus Maggi Big Kari yang kami bawa dari Malaysia. Disamping tu kami tit tot tit tot update fb dan chat dengan anak-anak melalui fb messenger.

Untuk perjalanan kami ke Pisa dan Venice keesokan harinya , tunggu dalam next posting yeee....tungguuu

No comments:

Post a Comment