Tuesday, June 17, 2014

Eropah, Mu Tunggu Aku Datang : Venice - Part 2

Hari Keenam : 30 Mei (Jumaat)

Bersambung dari  part 1 Venice, kali ni kami nak kongsi cerita kami apabila dimaklumkan flight kami ke Swiss telah dibatalkan sebab mogok oleh pekerja airport seluruh Italy. Tak dapat nak dibayangkan perasaan kami masa tu. Macam-macam bermain dalam fikiran kami.  Kami dah tempah penginapan selama dua malam disana, adakah kami akan terlepas trip ke Swiss?  Perlu ke kami sambung stay di Venice selama 2 hari extra dan skip Swiss?


Aku dan Ayu berbincang dan kami decide kami mesti settlekan masalah ni hari ni juga. Jam dah dekat pukul 7 malam, kami terus naik bas ke airport Venice Marco Polo untuk cuba dapatkan penerbangan lain yang boleh ke Swiss esok atau malam ini juga!


Kami naik bas ke airport dan sampai dalam 30 minit. Kami terus kekaunter easyjet dan petugas dia bagitau semua penerbangan dibatalkan esok dan tiada penerbangan easyjet ke Swiss hari ni. Kami turut tanya pasal refund dan dia bagitau kami kena hubungi customer service easyjet di ibu pejabat di UK untuk dapatkan ganti rugi - what the fish?

Kami terus ke kaunter penerbangan lain iaitu AirFrance, Petugas dia bagitau kami boleh beli tiket ke Swiss untuk flight  esok tapi risiko tinggi sebab seluruh  pekerja airport  di Italy akan mogok secara rasmi esok. Tapi dia bagi kami cadangan supaya cari flight malam ni juga, walaupun idea tu macam imposible sebab kami kena patah balik ke hotel , kemas barang check out dan ke airport balik, tapi kami cuba juga. Petugas AirFrance tu tolong check di komputer dan kata ada dua penerbangan malam tu ke Swiss dari Venice iaitu dengan AirBerlin atau Lufthansa . Petugas yang baik hati tu juga bagi idea, dia kata tak semestinya kami cari direct flight ke Swiss, mungkin kami boleh amik flight ke Paris dan kemudian amik flight lain ke Swiss. Bagus juga cadangan tu, tapi kami k.i.v dulu option tu dan cuba cari alternatif lain.

On the way ke airport Venice Marco Polo untuk cari flight lain ke Swiss
Masih di airport, Kami terus berpecah dua, aku ke kaunter AirBerlin, Ayu ke Lufthansa. Kaunter dia dekat2 je. Airberlin kaunter dia kosong - takde orang bertugas, Lufthansa ada perempuan bertugas tapi dia macam sibuk ( atau buat-buat sibuk) dan macam tak nak layan kami walaupun kami tercongok depan dia. Agaknya dia pun dah penat layan pelanggan yang complain-complain pasal flight cancel.

Airport Venice Marco Polo. Gambar dari google.
Kami pun bincang balik dan decide adalah mustahil kami boleh naik flight dari Venice malam ni ke Swiss atau tempat lain sebab kami perlu balik ke hotel, check out dan datang balik ke  airport. Satu lagi kami perlu check in 2 jam sebelum flight berlepas - Mission  Imposibble !

So kami decide untuk balik ke Venice dan cuba carik alternatif lain ke Swiss. Alternatif terbaik selepas flight adalah naik keretapi tapi sebelum sampai ke stesen keretapi kami akan sampai ke stesen bas dan teksi dulu so baik kami survey dulu alternatif bas express dan teksi. 

Stesen bas Venice -Piazzale Roma - Gambar dari google
Bila sampai kat stesen bas  Venice, kami tak jumpa kaunter bas express yang ada perkhidmatan perjalanan dari Venice ke Swiss. Kami pergi ke kedai-kedai Travel Agency tapi semua dah tutup. Kami pergi ke kaunter Teksi tapi sebelum sampai tu aku terpikir berapalah kos naik teksi untuk perjalanan ke Swiss - mestilah mencecah beribu Euro punya so aku "tak sanggup" nak tanya dan terus kami ke Stesen Keretapi Venice Santa Lucia yang dekat dengan hotel kami.

Sampai di stesen keretapi, kami rasa lega sikit sebab kaunter Trenitali masih buka. Kaunter nampak sibuk juga sebab aku rasa ramai orang yang hadapi masalah sama dengan kami dan semua nak dapatkan tiket train.

Kami pun ambik nombor dan tunggu giliran. Masa kami tunggu tu kami nampak pekerja2 kaunter tu macam  stress sebab rasanya diorang dah bekerja lebih masa. Apa yang merisaukan kami bila diaorang mula tutup satu persatu kaunter tapi giliran kami belum sampai lagi. Akhirnya tinggal dalam 3 orang lagi beratur dan satu kaunter je yang diorang buka. Nak jadikan cerita sampai giliran kami je kaunter pun ditutup...kami merayu kat petugas tu dan dia kata sori dia dah kerja lebih masa yang ditetapkan dan dia pun dah penat. Dia suruh kami beli tiket esok...what the fish lagi???

Mesin tiket train. Gambar dari google.
Kat stesen tu, aku terperasan ada mesin tiket automatik jadi kami try beli tiket menggunakan mesin tu. Mesin automatik tu terima pembayaran tunai ataupun credit card. Kami pun search train yang available. Ada dua je train esok  ke Bern, Swiss. Pukul 7.00 pagi dan satu lagi pukul 7.50 pagi. Aku pilih yang 7.50 pagi.  Lepas tu kami pilih destinasi sehala untuk dua orang  iaitu - Venice ke Bern, Switzerland. Harganya ialah €217. Aku kira duit Euro yang ada, rupanya kami cuma ada dalam €170 je... tak cukup €47. Duit Pound Sterling £ kami ada  tapi masalahnya mesin tu tak terima currency lain. So kami pun pakai duit plastik kami - creditcard  :)

Bila kami pakai credit card , mesin tu suruh kami masukkan no pin pulak - lagi-lagi what the fish???....aku dahlah tak ingat no pin. Masalah betul masa ni. Kebetulan masa tu ada mat saleh yang tengah pakai mesin yang sama di sebelah so aku pun merayu pada dia.  Aku explain kat dia situasi kami, aku kata aku sanggup bagi £50 kat dia untuk tukar dengan € 50.( untuk makluman, duit pound besar sikit dari Euro  iaitu €1 = € 1.25). Walaupun kami rugi sikit tapi kami tak kisah sebab kami akan rugi lagi banyak kalau tak dapat sampai ke Swiss esok. Mat saleh tu tak dapat tolong kami, sebab dia kata dia takde € 50 tapi dia cadang supaya kami tukar duit di kedai-kedai yang masih buka.

Masa tu otak kami memang running macam komputer, apa lagi alternatif yang kami boleh fikirkan. Duit kami dalam ATM kami dah keluarkan semua dalam bentuk tunai dan duit-duit tu semua dalam Swiss Franc - CHF ( mata wang swiss) dan Pound Sterling. So kami bekejar ke money changer sepanjang jalan nak ke hotel kami. Malangnya semua money changer dah tutup !

Masa tu aku terpikir mungkin kami boleh guna pc di hotel untuk beli tiket online. Sampai dihotel, kami pun terus  guna pc yang dikhaskan untuk tetamu hotel. Try punya try , pc tu problem pulak...kami panggil reception hotel, dia cuba tapi dia kata memang pc problem. Pastu dia pakai pc dia di reception. Dia printkan untuk kami train yang available. Masa dia tengah search tu aku baru teringat, kalau aku nak beli ticket online, aku kena pakai credit card - takde masalah. Yang masalahnya pihak bank akan hantar Transaction Authorisation Code (TAC) ke no hset aku untuk pengesahan sebelum pembelian....  so masalah problemnya di sini - aku tak set international roaming pada hset aku untuk guna diluar negaraaaaa....PERFECTO !

Pengajaran : setkan international roaming untuk mobile phone kalau nak keluar negara !

nasib baiklah chess player jarang mengaku kalah selagi tak checkmate :)..   .kami terus pikir apa lagi alternatif yang boleh diusahakan . Entah macamane aku teringat Bangla yang kami beli souvenir kat kedai dia petang tadi. Mesti dia ada duit Euro punya, lagi satu kedai souvenir ni tutup lewat.

So kami pun bergegas kekedai souvenir tu yang tak jauh dari hotel kami. Alhamdulillah kedai dia masih buka. Aku pun cerita situasi kami. Aku pun offer kat dia £50 untuk ditukar dengan €50. Bangla tu memang nak bagi dah, tapi kawan dia sorang menyampuk pulak kata walaupun kalau ikut rate semasa memang diaorang akan untung tapi bila tukar kat money changer diaorng akan dikenakan charge so mungkin diorang jadi  tak untung  malah mungkin rugi juga. Dalam 10 minit juga diorang bincang-bincang. Walaupun aku masih ada banyak lagi duit pound, tapi aku tak nak "up" offer aku dulu. Tak lama lepas tu, Bangla tu macam kesian kat kami dan terus kata ok dan dia siap wish kami all the best.

Pengajaran : Jangan pandang rendah dengan Bangla, diaorang pun saudara Islam kita jugak. Bila kat luar negara kadang2 kita perlukan pertolongan diorang juga. 

Gambar Ayu kat kedai souvenir Bangla yang berjasa kat kitaorg. X de pulak muka dia kat dlm gambar ni.
Alhamdulilah, kami dapat €50. Tanpa buang masa kami terus berjalan ke stesen  keretapi dan beli tiket kat mesin automatik. Kali ni kami berjaya beli tiket train tanpa masalah. Tiket sehala untuk dua orang . Bertolak pukul 7.50 pagi dari Venice Santa Lucia sampai ke Milano Centrale  10.25 pagi , dan kemudian tukar train dari Milano Centrale  ke Bern ( dijangka sampai 2.23 petang).

Tiket keretapi kami dari Venice ke Bern
Walaupun kami berjaya menyelesaikan masalah kami, tapi ada dua perkara yang kami akan terlepas. Pertamanya,  plan asal kami ialah bertolak  dengan flight easyjet  4.40 petang esok dari Venice ke Basel, Swiss, tapi bila kami terpaksa tukar plan dan bertolak ke Swiss awal pagi  8.30 pagi), kami akan miss naik gondola :(  ,,,,,,dan satu lagi yang paling menyedihkan ialah kami tak dapat nak ke Disney Store untuk beli doll Frozen untuk anak-anak kami. Kami berdoa masa tu harap-harap kami jumpalah barang-barang tu di destinasi-destinasi kami seterusnya sebab kami dah janji kat budak dua orang kat bawah ni !


2 comments:

  1. Very interesting journey. So, berapa (Euro) semua perbelanjaan yang dihabiskan sepanjang pengembaraan bermula dari Rome hingga ke Switzerland?

    ReplyDelete
  2. Very interesting journey. So, berapa (Euro) semua perbelanjaan yang dihabiskan sepanjang pengembaraan bermula dari Rome hingga ke Switzerland?

    ReplyDelete