Sunday, June 8, 2014

Eropah, Mu Tunggu Aku Datang! : London - Rome

 Amaran dari pihak penaja - post ini ditulis dalam bahasa melayu moden ( melayu+rojak+pasembur +english)

Hari Kedua (26 Mei) : London - Rome

Hari kedua lepas sarapan di rumah kawan kami yang budiman, kami bergerak ke bandar London dengan menaiki Underground train dari stesen Hanger Lane yang terletak tak jauh dari rumah kawan. Aku terlupa untuk beli  Oyster Card jadi aku bayar harga point to point yang sebenarnya agak mahal.  Sebenarnya kalau nak berjalan di London dengan underground train, overground train, National Rail train, bas, lebih mudah dan jimat guna kad ini sebab dia bagi special diskaun untuk majoriti transportation dan guna hanya satu kad sahaja. Tak payah kita buang masa beli tiket banyak kali setiap kali nak ke tempat lain.


Dari Hanger Lane kami menuju ke London Victoria Station. Stesen ini adalah antara stesen keretapi utama di London selain daripada Waterloo, King's Cross, St Pancras dan beberapa stesen besar lain. Kami pilih ke London Victoria kerana kami nak simpan backpack kami di  Left Luggage yang terdapat di stesen ni. Left luggage hanya terdapat distesen2 besar sahaja dan bayaran dikenakan ikut jam. Satu lagi stesen ini ada perkhidmatan  Gatwick Express train  ke London Gatwick Airport dimana kami akan  menaiki flight kami ke Rome yang akan bertolak pada pukul 5.40 petang.

Gambor depan Buckingham Palace
Sebelum kami ke Gatwick Airport, kami berjalan-jalan disekitar London. Destinasi kami ialah  Buckingham  Palace untuk melihat  Changing The Guard.   Kami terlepas untuk ke Buckingham Palace pada tahun 2012 jadi kiranya macam nak bayar hutang la. Kami ke Buckingham Palace dengan menaiki  underground train (tube) dan turun di Green Park. Dari stesen kami jalan kaki ke Buckingham Palace, kami tersalah jalan jugak tapi kami tanya orang dan mereka tunjuk arah ke Buckingham Palace. Lepas berjalan dalam beberapa ratus meter, kami terserempak dengan ramai pelancong-pelancong yang berjalan kaki dan kami percaya mereka mesti nak ke Buckingham Palace jugak so kami ikut diorang. Memang tepat, jika kita tersesat untuk pergi mana-mana tempat pelancongan menarik, tips yang biasa dibuat ialah bila kita nampak pelancong ramai2, ikut je mereka sebab biasanya mereka memang nak ke tempat yang sama.

Hujan renyai-renyai dan changing guard dibatalkan

Masa sampai ke Buckingham Palace, orang sudah ramai dan menunggu the changing guard yang dijadualkan pukul 11 pagi. Hujan renyai-renyai mula turun tapi orang ramai tetap tidak berganjak. Setelah menunggu beberapa minit, pegawai polis yang bertugas di luar istana bagitau the changing guard dibatalkan sebab hujan. Adoooiii melepas kami nak tengok. Tapi alhamdulillah kami berjaya juga snap beberapa gambar menarik seperti dibawah.





Guards tak jadi buat changing guard sebab hujan.


Masa nak berteduh dari hujan tu kami berjalan ke satu kawasan ditepi Buckingham Palace. Di situ   ada tugu-tugu dan pokok-pokok rendang. Kami terperasan setiap tugu-tugu tu ada nama negara-negara yang berlainan  dan salah satunya adalah Malaystates. Aku rasa nama di tugu-tugu tu melambangkan negara-negara yang pernah dijajah oleh Empayar British dulu.

Tugu disekitar Buckingham Palace yang salah satunya ada nama Malaystates.

 

Dari Buckingham Palace,  kami pun menuju ke Oxford Street dengan menaiki Tube (Underground train)  dan turun di stesen Oxford Circus. Masa berjalan kaki dari Buckingham ke stesen underground , kami berjalan di Hyde Park dan on the way tu terserempak pulak dengan pemandangan menarik seperti dibawah:-

Kat Hyde Park
Itik UK kat Hyde Park

 Pastu kami naik train dan sampailah ke Oxford Street.  Oxford Street adalah kawasan membeli belah terkenal di London. Kawasan ni penuh dengan deretan kedai-kedai seperti ZARA, H&M, Marks & Spencer (M&S), Primark, John Lewis, SPORTSDIRECT.COM dan banyak lagi.  Kedai-kedai souvenir pun banyak disini tapi kami ada tempat yang harganya lebih murah. Nanti dalam post lain akan kami ceritakan. Macamanapun, tak sah kalau ke London kalau tak ke Oxford Street untuk shopping.

Kat Oxford Circus Underground Station

Walaubagaimanapun pada hari ini perancangan kami adalah untuk survey lokasi kedai dan harga je. Kami hanya akan shopping di London pada hari terakhir iaitu 5 June nanti. Sebabnya ialah kami tak nak angkut barang-barang shopping kehulu kehilir masa di Italy, Swiss dan Germany nanti.


Kedai souvenir

Survey jersey dan harga jersey Liverpool.
Antara kedai-kedai yang kami sempat singgah ialah M&S dan SPORTSDIRECT.COM. Kami x jadik ke Harrods sebab takut lambat untuk pergi ke Airport Gatwick untuk naik flight kami ke Rome yang akan berlepas pukul 5.40 petang. Perlu diingat, bagi flight antarabangsa, kita perlu check in kira-kira 2 jam sebelum flight berlepas maksudnya kami perlu berada di Gatwick Airport selewat-lewatnya 3.40 petang.  Kami decide hanya akan ke Harrods pada 5 June nanti.

depan kedai SPORTSDIRECT.COM di Oxford Street
 Kedai SPORTSDIRECT.COM memang sasaran utama aku. Sebabnya aku nak beli jersey  Liverpool versi next season untuk aku dan anak lelaki aku - Ilhan. Oh lupa nak cerita, cuaca di London memang sejuk, lagi-lagi masa lepas hujan so sambil  kami window shopping kat kedai-kedai macam M&S, dapatlah kami panaskan badan sikit sebab kedai-kedai dia pasang heater. Lagi satu dapat kami gunakan tandas dia FOC :)

Vege burger
Sebelum ke London Gatwick, perut kami dah mula keroncong. Di Oxford Street ni ada kedai jual masakan Malaysia tapi kena berjalan jauh sikit so kami decide makan kat McD je. Bila masuk kat McD, kami mula plan apa nak makan. Of course kami nak makan makanan yang halal tapi masalahnya takde tanda halal. So aku perhatikan kalau ada pekerja Muslim yg bertugas dan terperasan seorang Bangladeshi atau Indian muslim pakai nametag nama Syed bertugas di kaunter. Aku terus pergi kat dia dan tanya which foods is halal here? dan dia kata only fries, criss cut dan burger vege( vegetables).  Burger Vege? wow menarik tu, tak pernah dengar pulak aku...so aku  pun order burger vege tu dengan fries, criss cut dan minuman.

Vege burger McD - bolehlaaaaaa.....

Vege burger ni adalah burger yg ada campuran kentang dan sayur2 yang diproses jadi macam daging burger/ayam.  Aku pun tak sabar nak rasa Vegeburger tu. Mula mula masa kunyah rasa ok gak sebab  adalah rasa-rasa mcm daging tapi bila dah makan separuh rasa muak pula sebab x rasa daging dah, rasa kentang dgn sayur je. Tapi bolehlah dari makan fries dgn criss cut  je sebab makan tengahari ni nak jugak makan berat sikit. Nanti dalam flight lagi susah nak makan.

So lepas lunch di McD kami pun bergegas ke London Victoria dengan naik tube. Kami ambik bag kami di Left Luggage dan terus beli ticket Gatwcik Express iaitu train yang terus  ke Gatwick Airport ( takde singgah2) . Perjalanan mengambil masa kira-kira 30 minit. Tiket dia agak mahal juga. Walaupun ada option lagi murah dengan naik bas atau train tukar-tukar, kami taknak ambik risiko so kami belanja lebih sikit tapi sampai awal. Naik train express ni  tak banyak kerenah seperti traffic jam berbanding naik bas dan lebih jimat masa berbanding kalau naik train tukar-tukar.

Perjalanan dari Victoria ke Gatwick airport melalui sebuah bangunan janakuasa elektrik yang syarikat Malaysia (SP Setia dan Sime Darby) dah beli  - namanya Bettersea Powerstation. Stesen janakuasa ini akan ditransform jadi kawasan hartanah yang hebat .

Kami sampai di airport dalam pukul 3.15 petang dan terus check in. Flight yang kami naik ialah Norwegian. Kami dapat harga yang murah setelah kami buat search dalam laman web yang terkenal untuk cari tiket murah iaitu skyscanner.com. Kalau sesiapa nak tiket murah pergi ke mana-mana destinasi di seluruh dunia aku recommend sangat site ni.

Selepas check in dan dapat boarding pass,  kami awal-awal lagi terus menuju ke gate berlepas sebab kami tahu nanti akan ada pemeriksaan keselamatan yang boleh mengambil masa yang lama. Memandangkan kami bawak hand luggage, so kami kena asingkan barang-barang cecair ( contohnya ubat contact lense, make up, dan sebagainya) dalam plastik transparent . Plastik ni memang kami dah beli dari Malaysia lagi tapi kalau tak bawak  kat airport memang diorg sediakan dan bagi free.

Aku benci  sikit masa pemeriksaan keselamatan ni sebab hampir semua benda kena bukak dan letak dalam bekas yang dilalukan bawah scanner. Pasport, telefon, dompet , duit siling apa sahaja yang kau bawak, kecuali baju dengan seluar yang kau pakai  je. Jacket dan kasut pun kena bukak especially kasut yang ada besi. Pemeriksaan ni dibuat dengan cepat dan cekap jadi aku risau jugak kalau-kalau barang aku terhilang masa lalu kat scanner dan orang lain rembat atau tersalah ambil.  Paling leceh adalah nak bukak tali pinggang sebab seluar aku longgar sikit so aku takot seluar melorot dan terus besok masuk berita Buletin Utama ...huahuahua


Seteleh selesai pemeriksaan keselamatan, kami pun menuju ke gate untuk berlepas. Flight Norwegian 2500  kami ke Rome berlepas ikut jadual iaitu 5.40 petang waktu UK dan mendarat di Airport Rome Fiumicino. Perjalanan sebenarnya mengambil masa  2 jam 30 minit sahaja tetapi disebabkan perbezaan masa antara London dan Italy adalah 1 jam, maka kami sampai pada 9.05 malam waktu Italy.

 Sampai di Airport kami pun  berbaris untuk pemeriksaan oleh  imigresen Italy. Ok, masa ni ada tak best sikit. Sebabnya walaupun  barisan tak panjang, masa giliran aku untuk kekaunter , pegawai tu check passport aku, cop dan  lepas tu dia campak je pasport tu depan aku. Ulang suara - CAMPAK. Aku ingat aku je yang kena macam tu tapi Ayu pun sama. Mungkin dia ni anti-Islam kot. Bila kitorg fb dengan kawan2 yg dah pernah pergi Rome, diorg kata memang imigresen Italy ni x friendly sikit terhadap muslim.

Ok, walaupun dia campak pasport depan aku, aku still cakap thank you kat dia. Aku tak nak spoil mood aku lebih-lebih lagi ini masih peringkat awal travel kami.

Depan Airport Rome Fiumicino
Lepas imigresen check, aku dan Ayu terus carik stesen keretapi dia kat sebelah airport untuk naik train Leonardo Express ke Roma Termini.  Leonardo Express ni macam Gatwick Express jugak, ia adalah train express yang direct ke Roma Termini tanpa singgah2. Perjalanan mengambil masa 30 minit. Seperti Gatwick Express juga,  harga ticket agak mahal sedikit tetapi memandangkan kami tiba di Rome dah malam, kami perlu mengejar masa untuk check in sebab reception penginapan kami hanya buka sehingga 11 malam sahaja. Kalau kami amik bas atau teksi mungkin kami akan terperangkap dengan traffik jam. Kalau naik train tukar-tukar lagilah lambat walaupun murah.

Beli ticket Leornardo Express kat Biglietti Treno ( Train Tickets)


Tiket Leornardo Express utk perjalanan dari Rome Fiumicino Airport - Roma Termini
Ok ini ada satu benda penting mengenai ticket keretapi di negara-negara Eropah. Disesetengah negara, sebelum naik train kita kena validate dulu tiket kita. Validate ni maksudnya kita masukkan ticket kita dalam satu mesin special yang terdapat merata-rata distesen. Ini bagi mengesahkan kita kita akan guna tiket tu bermula mengikut tarikh yang akan diprint ditiket setelah kita validate dalam mesin . Sekiranya kita tak validate dan kantoi masa pemeriksaan rawak oleh pegawai keretapi dia, kita boleh dikenakan denda yang tinggi. Tak semua negara Eropah guna fesyen macam ni so better study dulu peraturan pengangkutan awam negara-negara tersebut sebelum menggunakan public  transportation dia.

Ini adalah contoh mesin validate tu. Gambar dari google
Ada yang warna kuning untuk train dalam city. So kena perhati betul-betul. Gambar dari pakcik google.


,
Muka-muka penat naik train Leonardo Express ke Roma Termini

Gambar di bilik kami di Dreamstation.
Penginapan kami (Dreamstation)  terletak betul-betul di sebelah Roma Termini. Roma Termini ni merupakan stesen pengangkutan utama di Rome. Semua keretapi, Metro dan bas berpusat disini. Itulah sebabnya aku search kat Tripadvisor untuk cari  hotel yang dekat dengan Roma Termini supaya memudahkan urusan pengangkutan dan logistik kami semasa 2 hari 2 malam di Rome.


Ada sedikit kerisauan bila berada di kawasan sekitar Roma Termini ni. Aku dah kaji melalui internet dan ramai kata keadaan di sekitar stesen ini agak merisaukan juga. Ini kerana ramai golongan-golongan gelendangan (homeless) yang bersepah kat luar dan jugak anak-anak muda imigren ( kebanyakannya dari negara-negara Arab dan kulit hitam) yang lepak2 disana. Tapi review yang aku baca tempat tu masih selamat sebab sentiasa sibuk dan ramai orang. Alhamdulillah pengalaman yang kami lalui mengesahkan apa yang ditulis dalam review tu. 

Dream Station kami pilih berdasarkan review dalam Tripadvisor. Sebenarnya Dreamstation ni bukanlah hotel  tapi Bed & Breakfast atau lebih senang dikenali sebagai B&B. B&B ni adalah perkhidmatan lojing yang menyediakan kemudahan seperti hotel termasuk sarapan tetapi tidak menyediakan perkdimatan jamuan tengahari, makan malam dan lain-lain. B&B biasanya lebih kecil dan murah berbanding hotel tapi praktikal bagi kami yang bukan nak duduk lama2 dihotel dan hanya untuk tujuan tidur, letak barang dan berehat.

Dapur di B&B kami yang ada macam-macam .
Walaupun Dreamstation ni dekat dengan Roma Termini ( 50 Meter je) , nak mencarik nya bukan senang kalau kita tak buat kajian dulu. Nasib baik aku dah baca panduan nak ke B&B ni yang sebenarnya lebih kepada macam bilik-bilik di sebuah bangunan yang turut mengandungi apartment persendirian,  pejabat dan lain-lain.

Macam-macam ada dan FOC!
Alhamdulilah kami dapat carik juga B&B  ni walaupun hari dah gelap. Pemilik dia - Maurice memang dah ada menyambut kami masa di hotel. Pemilik dia memang bagus, masa kami check in dia terus terangkan kepada kami mengenai kunci-kunci bilik dan kemudahan-kemudahan yang disediakan. B&B ni memang ada wifi seperti yang kami mahu dan yang paling best sekali dia ada dapur sendiri lengkap dengan peralaatan memasak, microvave, mesin buat kopi, mesin air mineral, peti sejuk, pinggan mangkuk, sink basuh pinggan dan makanan  seperti cereal, Nutela ( favorite aku !), roti, biskut, susu , air kotak yang kami boleh minum/makan free of charge bila2 masa!

Lepas kami dah check in dan letak barang dibilik, kami terus ke dapur untuk isi perut. Yang best B&B nie ada lebih kurang 3 bilik je so kami berkongsi dapur dengan 3 bilik tetamu lain dan malam tu rasanya kami sahaja yang conquer dapur tu !

 Ok sampai sini dulu, lepas ni aku akan update aktiviti kami di Rome dalam post yang akan datang ye...tunguuuuu!


No comments:

Post a Comment