Saturday, June 7, 2014

Travelog Eropah 2014

Ini merupakan kali kedua kami ke Eropah. Yang pertama tahun 2012 , masa tu aku berkursus dua minggu di Sutton, London UK dan aku sambung cuti seminggu lagi bersama Ayu yang datang selepas aku tamat kursus pada penghujung minggu kedua.


Masa tu kami pergi ke dua negara sahaja iaitu UK (London, Bicester Village dan Oxford)  dan France (Paris). Perjalanan kami kesana belum lagi selesai diblogkan tapi kami nak blog yang terbaru ( 2014) sebab masih fresh lagi diingatan.



Perancangan

Setelah pengalaman menarik kami berdua  ke Eropah pada tahun 2012, kami decide untuk kesana lagi. Perancangan awal  kami ialah untuk betul-betul bercuti panjang kesana dan tarikh awal yang dipilih ilah  tahun 2015, tapi nak jadik kan cerita, pada bulan September 2013, Malaysian Airlines (MAS) mengeluarkan iklan promosi travel untuk kakitangan kerajaan sahaja  ke  beberapa destinasi diseluruh dunia dengan harga diskaun menarik.

Kebetulan masa tu Ayu baru ada rezeki lebih sikit dapat duit tunggakan kenaikan pangkat so kami bincang dan decide cepat-cepat sebab tawaran tu dibuka tak sampai 2 minggu sahaja.

Harga memang gila murah, ke London UK pergi-balik seorang RM 2900. Kebiasaanya RM 3700 keatas so kami cepat-cepat beli dua tiket  kat KLIA.

Kenapa kami pilih untuk pergi berdua dan tidak bawa keempat-empat anak kami?  sebabnya akan kami ceritakan nanti....:)

Ok berbalik kepada perancang kami,  kami dilema jugak dalam memilih tarikh. Ini kerana kami cadang nak cuti panjang sikit dan pergi banyak negara. Kami pilih tahun 2014 kerana masih ada banyak masa untuk merancang dan yang paling penting sekali nak kumpul duit :)

Masalahnya takwim cuti sekolah 2014 tak keluar lagi pada September 2013 jadi kami gamble, tanya kawan-kawan dan agak-agak sahaja. Kami pilih 25 Mei - 6 Jun 2014 ( 2 minggu) kerana dijangkakan itu tarikh cuti sekolah. Nak jadi cerita , cuti sekolah hanya bermula pada 28 Mei (Rabu). Pelik juga cuti sekolah bermula hari Rabu,  so Ayu kena amik cuti rehat dua hari. Aku pulak takde masalah sangat sebab memang tengah cuti belajarmasa tu.

Setelah tarikh dipilih, kami pun buat research tempat-tempat yang kami  nak pergi. Memandang kami decide nak berjalan selama 2 minggu so kami cadang nak pergi banyak negara sikit. Kami buat research dengan search site - site macam Tripadvisor, baca blog2 perjalanan di internet, baca buku-buku travel macam Lonely Planet, Frommer's, AA,  Majalah-Majalah travel dan tanya pengalaman  kawan-kawan yang dah pergi dan menetap di Europe.

Negara-negara yang termasuk dalam perancangan awal kami ialah UK, Spain, Republic Czech (Prague), Switzerland, Holland, Italy, Turkey (Istanbul) dan  Germany. Setelah mengambil  kira faktor masa, kami decide untuk pergi keempat negara je iaitu - UK, Italy, Swiss dan Germany.

Setelah memilih negara dan destinasi yang nak dilawati, kami pun sedikit demi sedikit tempah hotel2 yang kami nak duduk dan juga tiket2 kapat terbang ( tambang murah) dan tiket2 keretapi  untuk perjalanan antara negara-negara di Eropah.

Selain dari itu kami juga buat persiapan-siapan seperti renew passport, beli barang-barang makanan/minuman bekalan/ ubatan-ubatan etc. untuk kesana.

Kelebihan kami membuat perancangan awal iaitu kira-kira 8 bulan sebelum perjalanan ialah kami dapat harga tiket hotel dan kapal terbang murah kerana menempah awal. Kami juga tak kelam kabut dan sempat buat research betul-betul. Almaklumlah masa tu kami berdua-dua sibuk dengan urusan kerja dan keluarga. Pada tahun 2013, aku  belum cuti belajar lagi dan masih kerja tapi aku memang dah diluluskan  untuk sambung belajar pada tahun 2014.

OK itu sahaja sebagai pengenalan. Jom kita pergi kepada travelog sebenar dalam next post!


No comments:

Post a Comment